UPM-MCC Anjur Jerayawara Koleksi Kultur Mikrob Di Fakulti Perhutanan Dan Alam Sekitar | FACULTY OF FORESTRY AND ENVIRONMENT forenv
» NEWS » UPM-MCC Anjur Jerayawara Koleksi Kultur Mikrob di Fakulti Perhutanan dan Alam Sekitar

UPM-MCC Anjur Jerayawara Koleksi Kultur Mikrob di Fakulti Perhutanan dan Alam Sekitar

Serdang, 27 Januari 2026 – Koleksi Kultur Mikrob Universiti Putra Malaysia (UPM-MCC), Institut Biosains telah menganjurkan Program Jerayawara Koleksi Kultur Mikrob bertempat di Dewan Kuliah Hutan (DKH), Kompleks A, Fakulti Perhutanan dan Alam Sekitar, Universiti Putra Malaysia (UPM) bermula jam 9.00 hingga 10.30 pagi.
 
Program jerayawara ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dalam kalangan warga universiti mengenai kepentingan pemeliharaan kultur mikrob untuk jangka masa panjang serta memperkenalkan Dasar Universiti Putra Malaysia (Pendepositan Mikroorganisma Berkepentingan) 2024.
 
Jerayawara ini telah disampaikan oleh Pengarah Institut Biosains, Prof. Dr. Zunita Zakaria, dengan sokongan empat orang wakil daripada UPM-MCC. Dalam sesi tersebut, para peserta diberi pendedahan berkaitan peranan UPM-MCC sebagai pusat rujukan utama dalam pengurusan, penyimpanan dan pemeliharaan kultur mikrob yang berkepentingan kepada penyelidikan, inovasi serta pematuhan piawaian keselamatan biologi.
 
Menurut Prof. Dr. Zunita Zakaria, pemeliharaan mikroorganisma secara sistematik dan berpusat amat penting bagi memastikan sumber biologi negara dapat dimanfaatkan secara lestari, selamat dan mematuhi keperluan perundangan serta dasar universiti.
 
Program dimulakan dengan sesi pendaftaran pada jam 8.30 pagi diikuti pembentangan jerayawara, sesi soal jawab serta pengisian borang maklum balas oleh para peserta. Sesi interaktif ini mendapat sambutan positif daripada warga Fakulti Perhutanan dan Alam Sekitar yang hadir.
 
Penganjuran jerayawara ini selari dengan komitmen UPM dalam memperkukuh tadbir urus penyelidikan berasaskan biologi serta menyokong agenda universiti ke arah kecemerlangan dalam bidang sains hayat dan kelestarian.
 

Date of Input: 28/01/2026 | Updated: 28/01/2026 | masridien

MEDIA SHARING

FACULTY OF FORESTRY AND ENVIRONMENT
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+60397697171
+60397693768
X, (07:19:26pm-07:24:26pm, 12 Sep 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]