Tahniah Fakulti Perhutanan Dan Alam Sekitar Atas Kemenangan Di HKIP 2023/2024 | FACULTY OF FORESTRY AND ENVIRONMENT forenv
» NEWS » Tahniah Fakulti Perhutanan dan Alam Sekitar Atas Kemenangan Di HKIP 2023/2024

Tahniah Fakulti Perhutanan dan Alam Sekitar Atas Kemenangan Di HKIP 2023/2024

SERDANG, 20 Nov – Setinggi tahniah diucapkan kepada Fakulti Perhutanan dan Alam Sekitar (FHAS) atas kemenangan satu (1) anugerah dalam Majlis Sambutan Hari Kualiti dan Inovasi Perkhidmatan (HKIP) Tahun 2023/2024 yang diadakan di Dewan Besar, Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PKKSSAAS), UPM sebagaimana senarai berikut:

  1. Tempat Pertama Kategori A (Entiti Akademik/Penyelidikan) - Anugerah Penarafan Bintang Pengurusan Pentadbiran (RM 1,500.00 & Sijil) 

Matlamat utama penganjuran HKIP adalah sebagai pengiktirafan dan penghargaan kepada staf UPM atas sumbangan idea, pembudayaan kreativiti serta peningkatan kualiti kerja dan daya inovasi yang bertujuan untuk memberi perkhidmatan terbaik khususnya kepada pelanggan. Bertemakan “Melagang Inovasi, Menjulang Kualiti", Majlis Sambutan HKIP UPM Tahun 2023/2024 kali kesembilan ini merupakan anjuran bersama oleh Pusat Jaminan Kualiti (CQA) dan PKKSSAAS, UPM berdasarkan objektif berikut:

  1. Meningkatkan daya saing warga UPM terhadap kepentingan inovasi dan kreativiti dalam pelaksanaan kerja;
  2. Memupuk dan memperkukuh nilai-nilai budaya inovasi dan kreativiti di UPM;
  3. Merealisasikan pengamalan proses, pendekatan dan budaya berteraskan ciri inovatif dan kreatif dalam perkhidmatan; dan
  4. Menyumbang kepada peningkatan kualiti penyampaian perkhidmatan kepada pelanggan.

Dalam majlis tersebut, Naib Canselor UPM, Dato' Prof. Dr. Ahmad Farhan Mohd. Sadullah berkata melalui komitmen bersama, teknologi atau perkhidmatan baharu bukan sahaja dapat diperkenalkan malah warga dapat mencari jalan yang lebih baik, cekap dan efektif dalam setiap aspek kehidupan serta perkhidmatan yang ditawarkan. Tambah beliau, warga universiti seharusnya dapat menilai dan berfikir tentang keupayaan memberi sumbangan untuk menambahbaik serta mempertingkatkan kualiti perkhidmatan selari dengan hala tuju strategik dalam menjayakan ‘True North’ UPM. Beliau turut melancarkan “Buku Inovasi Perkhidmatan 2016 - 2024 UPM” yang menghimpunkan projek-projek inovasi pertandingan HKIP dari tahun 2016 sehingga tahun 2024 dan “Buku Panduan Apel.C UPM” terbitan CQA untuk pelajar serta penasihat, moderator dan penilai.

Pengarah Pusat Jaminan Kualiti (CQA), UPM, Prof. Ir. Dr. Abd. Rahim Abu Talib pula berkata, program ini menyumbang kepada peningkatan kualiti penyampaian perkhidmatan kepada pelanggan bagi memastikan UPM memperkasakan perkhidmatan dan kekal relevan. Sebanyak 10 Anugerah dan dua Hadiah yang telah dipertandingkan dengan tempoh penilaian oleh Peneraju Anugerah/Hadiah bermula pada 1 Ogos 2023 hingga 31 Julai 2024. 

 

Date of Input: 27/11/2024 | Updated: 27/11/2024 | masridien

MEDIA SHARING

FACULTY OF FORESTRY AND ENVIRONMENT
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+60397697171
+60397693768
X, (06:34:14pm-06:39:14pm, 12 Sep 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]