PUTRASIhat ‘Jom Hiking’ @ SISFEC Semarakkan Sambutan Hari Kesihatan Mental Sedunia | FACULTY OF FORESTRY AND ENVIRONMENT forenv
» NEWS » PUTRASIhat ‘Jom Hiking’ @ SISFEC Semarakkan Sambutan Hari Kesihatan Mental Sedunia

PUTRASIhat ‘Jom Hiking’ @ SISFEC Semarakkan Sambutan Hari Kesihatan Mental Sedunia

PUTRASihat ‘Jom Hiking’ @ SISFEC Semarakkan Sambutan Hari Kesihatan Mental Sedunia
 
Serdang, 10 Oktober 2025 – Program PUTRASIhat ‘Jom Hiking’ anjuran Fakulti Perhutanan dan Alam Sekitar (FHAS), Universiti Putra Malaysia (UPM) telah berlangsung dengan jayanya di Sultan Idris Shah Forest Education Centre (SISFEC), bersempena sambutan Hari Kesihatan Mental Sedunia 2025.
 
Seramai 68 peserta yang terdiri daripada warga akademik dan bukan akademik pelbagai jabatan di FHAS telah menyertai aktiviti mendaki ini. Program ini dikendalikan oleh Encik Mohd Naeem Abdul Hafiz bersama pasukannya yang membimbing para peserta meneroka keindahan hutan sambil mempelajari kepentingan pemuliharaan alam sekitar.
 
Selain memberi pendedahan tentang keunikan ekosistem hutan, aktiviti mendaki turut menekankan aspek kesihatan mental dan kesejahteraan diri, sejajar dengan tema Hari Kesihatan Mental Sedunia tahun ini. 
 
Peserta turut membuat penilaian kesihatan mental masing-masing melalui pengisian borang penilaian Depression Anxiety Stress Scale 21 (DASS21) sebelum dan selepas pendakian. 
 
Menurut Pn. Rita Bajat, Ketua Pentadbir FHAS, aktiviti mendaki ini bukan sahaja baik untuk kesihatan fizikal, malah membantu mengurangkan tekanan, meningkatkan fokus serta memupuk sikap positif dalam kalangan staf.
 
Program yang berlangsung dalam suasana santai dan penuh semangat itu turut menjadi platform mengeratkan silaturahim antara warga fakulti serta menanam kesedaran terhadap gaya hidup sihat dan kelestarian alam.
 
Pejabat Dekan FHAS selaku penganjur merakamkan penghargaan kepada semua peserta yang menjayakan program ini serta berharap inisiatif seumpama ini dapat diteruskan bagi menyokong gaya hidup aktif dan lestari.
 
#UPM #FHASUPM #PUTRASIhat #JomHiking #SISFEC #MentalHealthMatters #ProtectTheForest #BerilmuBerbakti
 
 
 

Date of Input: 11/10/2025 | Updated: 11/10/2025 | fatin_ar

MEDIA SHARING

FACULTY OF FORESTRY AND ENVIRONMENT
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+60397697171
+60397693768
X, (02:06:08am-02:11:08am, 16 Sep 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]