1 Nov 2025 - Dr. Siti Nurhidayu Abu Bakar, pensyarah kanan di
Jabatan Sains Perhutanan dan Biodiversiti Fakulti Perhutanan & Alam Sekitar, Fakulti Perhutanan dan Alam Sekitar, UPM telah dijemput menyampaikan syarahan di Pusat Penyelidikan Gunung Kamikochi, Nagano, Jepun dan menjalankan kerja lapangan di Sungai Azusa bersama 4 pensyarah dan 30 pelajar Shinshu University, Jepun.
Beliau telah berkongsi pengalaman penyelidikan hutan di Malaysia dan isu-isu berkaitan dengan hidrologi di hutan-hutan berbeza di Malaysia serta penyelidikan isotop oksigen dan nitrat bersama kolaborator Jepun. Kerja lapangan telah dijalankan di salah satu spring water yang berpunca dari air bawah tanah gunung berkenaan dan menyumbang kepada Sungai Azusa yang mengalir dari Gunung Kamikochi.
Sungai ini merupakan sumber air penting yang mengalir ke bandar Matsumoto dan membekalkan air ke seluruh wilayah Nagano, Jepun.
Date of Input: 05/11/2025 |
Updated: 05/11/2025 | masridien
MEDIA SHARING