PENILAIAN ANUGERAH KUALITI PERSEKITARAN TEMPAT KERJA (EKSA) SEMPENA HKIP 2022 | FACULTY OF FORESTRY AND ENVIRONMENT
» NEWS » PENILAIAN ANUGERAH KUALITI PERSEKITARAN TEMPAT KERJA (EKSA) SEMPENA HKIP 2022

PENILAIAN ANUGERAH KUALITI PERSEKITARAN TEMPAT KERJA (EKSA) SEMPENA HKIP 2022

UPM Serdang, 5 Oktober 2022 – Fakulti Perhutanan dan Alam Sekitar (FHAS) telah berjaya di senarai pendek untuk penilaian bagi Anugerah Kualiti Persekitaran Tempat Kerja (EKSA) Sempena Hari Kualiti dan Inovasi Perkhidmatan (HKIP) UPM Tahun 2022 dan semalam telah menerima kunjungan 2 panel juruaudit EKSA iaitu Dr. Noor Hamzani Farizan dari Fakulti Perubatan Dan Sains Kesihatan dan Puan Zaidina Mohd Daud dari Fakulti Sains.

Anugerah Kualiti Persekitaran Tempat Kerja merupakan salah satu daripada anugerah yang dipertandingkan sempena sambutan Hari Kualiti Inovasi Perkhidmatan (HKIP) UPM tahun 2022.

FHAS sangat komited dalam kerja berpasukan bagi mewujudkan persekitaran kerja yang kondusif seterusnya meningkatkan kualiti sistem penyampaian perkhidmatan di samping menonjolkan imej korporat di PTJ.

  

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua warga fakulti yang telah memberikan kerjasama dan komitmen dalam memastikan semua sudut mematuhi kriteria yang telah ditetapkan.

 

Date of Input: 06/10/2022 | Updated: 06/10/2022 | masridien

MEDIA SHARING

FACULTY OF FORESTRY AND ENVIRONMENT
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+60397697171
+60397697171
+60397693768
BWGBXAu:23:58