PELAKSANAAN AUDIT KENDIRI PERJAWATAN DAN ORGANISASI (AKPO) FAKULTI PERHUTANAN DAN ALAM SEKITAR, UPM TAHUN 2026 | FACULTY OF FORESTRY AND ENVIRONMENT forenv
» NEWS » PELAKSANAAN AUDIT KENDIRI PERJAWATAN DAN ORGANISASI (AKPO) FAKULTI PERHUTANAN DAN ALAM SEKITAR, UPM TAHUN 2026

PELAKSANAAN AUDIT KENDIRI PERJAWATAN DAN ORGANISASI (AKPO) FAKULTI PERHUTANAN DAN ALAM SEKITAR, UPM TAHUN 2026

Serdang, 6 April 2026 - Fakulti Perhutanan dan Alam Sekitar telah melaksanakan Audit Kendiri Perjawatan dan Organisasi (AKPO) yang dikendalikan oleh tiga orang juru audit iaitu En. Ahmad Afeeq Roslan (Pejabat TNCPI), En. Mohamad Nazrin Osman (HSAAS) dan Puan Wan Nurlaili Binti Wan Abdul Rashid (HSAAS), yang berpengalaman dalam bidang Pembangunan Organisasi dan Pengurusan Sumber Manusia. Audit ini merupakan inisiatif strategik UPM dalam mempertingkat kecekapan pengurusan sumber manusia dan tadbir urus di setiap PTJ.
 
Audit ini dilaksanakan bertujuan untuk menilai secara menyeluruh terhadap struktur organisasi, perjawatan akademik dan bukan akademik, beban tugas staf serta keberkesanan fungsi setiap jabatan dan unit. Kaedah pelaksanaan merangkumi semakan dokumen rasmi, sesi temu bual bersama pegawai dan staf, serta analisis beban kerja bagi mendapatkan gambaran yang lebih komprehensif terhadap operasi fakulti.
 
Secara keseluruhannya, dapatan audit menunjukkan operasi fakulti berada pada tahap yang baik. Namun, beberapa penambahbaikan turut dicadangkan khususnya dari segi keseimbangan beban tugas, penulisan semula Job Description, pengemaskinian sistem HR serta penyelarasan fungsi antara unit agar lebih efisien. Di samping itu, pelaksanaan kursus dan bengkel yang bersesuaian juga dicadangkan bagi meningkatkan kompetensi dan keupayaan staf dalam melaksanakan tugas dengan lebih berkesan.
 
Pelaksanaan AKPO ini penting bagi memastikan tadbir urus fakulti yang berkesan dan mampan, selaras dengan hala tuju universiti dalam memperkasa kecemerlangan institusi pendidikan tinggi negara.
 
 

Date of Input: 08/04/2026 | Updated: 08/04/2026 | masridien

MEDIA SHARING

FACULTY OF FORESTRY AND ENVIRONMENT
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+60397697171
+60397693768
X, (01:35:33am-01:40:33am, 16 Sep 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]