Lawatan Susulan Penilaian Keselamatan Dan Kualiti Bangunan FHAS | FACULTY OF FORESTRY AND ENVIRONMENT forenv
» NEWS » Lawatan susulan penilaian keselamatan dan kualiti bangunan FHAS

Lawatan susulan penilaian keselamatan dan kualiti bangunan FHAS

Serdang, 13 April 2026 – Fakulti Perhutanan dan Alam Sekitar telah menerima lawatan susulan daripada YBrs. Dr. Noraishah Mydin Haji Abdul Aziz, ahli Lembaga Pengarah Universiti Putra Malaysia.
 
Sesi lawatan susulan ini adalah untuk menilai pelaksanaan kerja-kerja penambahbaikan hasil daripada Lawatan Penilaian Keselamatan dan Kualiti Bangunan telah diadakan di Kompleks A dan Kompleks B, Fakulti Perhutanan dan Alam Sekitar (FHAS), Universiti Putra Malaysia pada 20 September 2025 yang lepas.
 
Lawatan ini bertujuan meneliti status tindakan pembaikan yang telah dilaksanakan serta memastikan isu-isu berkaitan keselamatan, kesihatan pekerjaan dan kebolehaksesan yang dikenal pasti sebelum ini telah diambil tindakan sewajarnya. Antara fokus utama lawatan adalah kerja-kerja pembersihan kulat di beberapa lokasi, pembaikan kemudahan makmal, penyelenggaraan kawasan koridor, serta penambahbaikan laluan akses termasuk pemasangan penanda keselamatan di kawasan berisiko bagi memastikan tahap keselamatan dan keselesaan pengguna berada pada keadaan memuaskan.
 
Secara keseluruhannya, sebahagian besar kerja-kerja penyelenggaraan telah dilaksanakan, manakala beberapa tindakan susulan masih dalam perancangan dan akan dilaksanakan secara berperingkat.
 
Fakulti merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas kesudian beliau meluangkan masa, serta sokongan beliau dalam memastikan persekitaran pembelajaran dan kerja yang selamat, kondusif dan inklusif kepada semua pelajar serta warga FHAS.
Lawatan susulan ini diharapkan dapat memastikan penambahbaikan yang dilaksanakan adalah berkesan serta memenuhi keperluan keselamatan dan kualiti bangunan di Fakulti Perhutanan dan Alam Sekitar.
 
 

Date of Input: 15/04/2026 | Updated: 15/04/2026 | masridien

MEDIA SHARING

FACULTY OF FORESTRY AND ENVIRONMENT
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+60397697171
+60397693768