29 Ogos 2025 - FHAS telah menerima lawatan dari YBrs Dr Noraishah Mydin Haji Abdul Aziz, Ahli Lembaga Pengarah UPM yang bertujuan untuk meninjau fasiliti pengajaran dan pembelajaran termasuk makmal yang terkesan dengan isu kulat dan usang yang kini dalam proses pembaikan melalui peruntukan RMK12/One Off.
Lawatan beliau disantuni oleh YBhg. Prof. Dr. Azlizam Aziz, Dekan FHAS, Puan Rita Bajat, Ketua Pentadbir Fakulti, Puan Marlinah Muslim, Ketua Unit Perkhidmatan dan Sokongan OKU UPM, dan Puan Noorfaizan Anuar, Pegawai Sains bersama penyelaras serta penolong pegawai sains makmal berkaitan.
Terima kasih atas lawatan dan diharapkan perbincangan penambahbaikan secara berterusan dapat dilaksanakan dengan berkesan.
Date of Input: 03/09/2025 |
Updated: 03/09/2025 | masridien
MEDIA SHARING