23 Oktober 2025 – Fakulti Perhutanan dan Alam Sekitar (FHAS), Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menerima kunjungan hormat delegasi daripada Henan Institute of Science and Technology (HIST), China dalam usaha memperkukuh hubungan akademik dan penyelidikan antara kedua-dua institusi.
Delegasi yang diketuai oleh Prof. Dr. Song Yawei, Pengerusi Universiti HIST, turut disertai oleh Profesor Feng Xia, Profesor Cai Lei serta beberapa pegawai kanan universiti tersebut.
Kunjungan ini bertujuan memperkukuh pelaksanaan Memorandum Perjanjian (MOA) antara UPM dan HIST serta meneroka peluang kerjasama dalam bidang penyelidikan, pertukaran akademik dan mobiliti pelajar.
Antara cadangan aktiviti kerjasama bagi tempoh lima tahun akan datang termasuk:
• Program mobiliti pelajar dan staf akademik;
• Projek penyelidikan bersama dalam bidang kelestarian alam sekitar, perkhidmatan ekosistem, dan teknologi hijau;
• Program latihan bersama peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah dengan penyeliaan bersama; serta
• Program Musim Sejuk dan Musim Panas untuk pertukaran akademik dan budaya.
Kunjungan ini diharap dapat memperkukuh hubungan strategik antara UPM dan HIST dalam bidang pendidikan tinggi, penyelidikan dan inovasi, serta menjadi pemangkin kepada jaringan kerjasama antarabangsa yang lebih kukuh pada masa hadapan.
Date of Input: 24/10/2025 |
Updated: 24/10/2025 | masridien
MEDIA SHARING