SERDANG, 7 Oktober – Fakulti Perhutanan dan Alam Sekitar dengan kerjasama Pejabat Pendaftar, Pusat Pembangunan Maklumat dan Komunikasi (iDEC) dan Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat (FSKTM) telah menganjurkan Jerayawara Khas Kenaikan Pangkat Pegawai Akademik bertempat di Dewan Utama Alam Sekitar, Kompleks B, Fakulti Perhutanan dan Alam Sekitar.
Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan dan meningkatkan kefahaman kepada pegawai akademik mengenai kriteria dan tatacara permohonan kenaikan pangkat pegawai akademik yang terkini termasuk proses permohonan secara dalam talian menggunakan platform HRPortal UPM.
Antara objektif utama jerayawara ini ialah:
i. Perkongsian kriteria dan tatacara terkini permohonan kenaikan pangkat pegawai akademik;
ii. Taklimat mengenai penggunaan sistem kenaikan pangkat pegawai akademik;
iii. Sesi latihan secara hands-on bagi menginput maklumat ke dalam sistem.
Sesi jerayawara ini telah disampaikan oleh Puan Siti Maryam Othman dari Pejabat Pendaftar dan Puan Karmizan Zawawi dari iDEC. Program ini turut dibantu oleh dua fasilitator berpengalaman iaitu Prof. Madya Ts. Dr. Rodziah Atan dan Dr. Ng Seng Beng dari FSKTM, yang membimbing peserta semasa latihan penggunaan sistem dijalankan.
Sesi hands on juga turut dibantu oleh Puan Puan Khadzamah Khalid, Penolong Pendaftar Kanan, Pusat Transformasi Komuniti Universiti (UCTC) dan Puan Nor Hayati Mohamad Darus, Penolong Pendaftar dari Pusat Hubungan dan Jaringan Industri (CIRNeT) dalam aspek penarafan bintang dan projek berkaitan jaringan industri dan masyarakat/komuniti.
Pihak fakulti merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Pejabat Pendaftar serta semua pihak yang terlibat atas kerjasama dan komitmen menjayakan jerayawara ini. Diharapkan jerayawara ini dapat meningkatkan kefahaman serta membantu para akademik dalam merancang laluan kerjaya masing-masing ke arah kecemerlangan akademik.
Date of Input: 14/10/2025 |
Updated: 14/10/2025 | masridien
MEDIA SHARING