GOTONG ROYONG FAKULTI SEMPENA PELAKSANAAN AKTIVITI EKSA FAKULTI PERHUTANAN DAN ALAM SEKITAR | FACULTY OF FORESTRY AND ENVIRONMENT
» NEWS » GOTONG ROYONG FAKULTI SEMPENA PELAKSANAAN AKTIVITI EKSA FAKULTI PERHUTANAN DAN ALAM SEKITAR

GOTONG ROYONG FAKULTI SEMPENA PELAKSANAAN AKTIVITI EKSA FAKULTI PERHUTANAN DAN ALAM SEKITAR

Serdang, 17 Julai 2022 : Fakulti Perhutanan dan Alam Sekitar (FHAS) telah menganjurkan program Gotong Royong bersempena dengan persediaan ke arah pembudayaan EKSA, Peringkat UPM. Selain daripada itu, program ini juga diadakan bertujuan memupuk semangat kerjasama dan budaya kerja yang hormoni antara semua staf di FHAS yang merangkumi staf sokongan, para pegawai dan seterusnya Pengurusan Tertinggi FHAS. Program in sekaligus dapat mengeratkan lagi tali silaturahim antara sesama staf selain dapat membuat persediaan dan persiapan untuk menghadapi audit EKSA yang bakal dilaksanakan pada September ini.

 
 
YBhg. Prof. Dr. Hazandy Abdul Hamid, Dekan FHAS turut hadir bagi bersama-sama memberi sokongan sepenuhnya untuk terus lakukan yang terbaik dalam membudayakan amalan EKSA di pejabat yang mana pencapaian EKSA ini bakal memberi impak yang baik kepada sesebuah organisasi dalam memastikan pengurusan pentadbiran dapat dipertingkatkan khusus dalam menguruskan kebajikan pelajar. Beliau berharap program seperti ini sentiasa diteruskan bagi menguatkan lagi semangat kekitaan dan kebersamaan dalam melakukan apa jua tugasan.

FHAS komited untuk terus melakukan yang terbaik.

Date of Input: 23/08/2022 | Updated: 23/08/2022 | masridien

MEDIA SHARING

FACULTY OF FORESTRY AND ENVIRONMENT
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+60397697171
+60397693768
SXEUIAJ~