Pengenalan | FAKULTI PERHUTANAN DAN ALAM SEKITAR
» MENGENAI KAMI » Pengenalan

Pengenalan

Fakulti Perhutanan dan Alam Sekitar merupakan gabungan salah satu daripada fakulti asas semasa penubuhan Universiti Pertanian Malaysia yang kini dikenali sebagai Universiti Putra Malaysia. Fakulti Perhutanan dan Alam Sekitar pada awalnya dikenali sebagai Fakulti Perhutanan. Pada 1 Mac 2020 Fakulti Perhutanan telah digabungkan dengan Fakulti Pengajian Alam Sekitar menjadi Fakulti Perhutanan dan Alam Sekitar. 

Sebagai sebuah entiti akademik, Fakulti Perhutanan dan Alam Sekitar (FHAS) melaksanakan fungsi pengajaran, penyelidikan dan khidmat profesional, sejajar dengan matlamat UPM untuk melahirkan graduan yang kompeten, beretika, berwawasan dan resilien yang mampu menyumbang kepada kesejahteraan negara. Dengan mendukung wawasan dan misi UPM, Fakulti Perhutanan dan Alam Sekitar bertekad untuk terus maju menerusi sistem pengurusan yang berkualiti. Bersandarkan kepada moto ingin terus maju, kami bertekad untuk menjadikan Fakulti Perhutanan dan Alam Sekitar sebagai pusat kecemerlangan yang unggul dalam pendidikan dan penyelidikan Perhutanan Tropika serta alam sekitar. Dalam membangunkan sumber manusia serta kemudahan prasarana profesional yang cemerlang, Fakulti Perhutanan dan Alam Sekitar sentiasa berusaha meningkatkan dan memantapkan keupayaan pengajaran, penyelidikan dan perkhidmatan ketahap yang terbaik.

Menerusi penggunaan Laman sesawang ini, Fakulti Perhutanan dan Alam Sekitar akan dapat berinteraksi dengan anda untuk membantu kami kearah mewujudkan budaya kerja berkualiti dan memenuhi keperluan negara dalam membangunkan sumber tenaga manusia dalam sektor perhutanan, industri perkayuan, eko pelancongan dan pengurusan alam sekitar.

Kemaskini:: 19/05/2021 [siti_aisyah]

PERKONGSIAN MEDIA

BVMJSA7:18:04