Industri Dan Komuniti | FAKULTI PERHUTANAN DAN ALAM SEKITAR
» JARINGAN » Industri dan Komuniti

Industri dan Komuniti

Jaringan yang telah terbentuk antara industri dan komuniti luar mencetuskan beberapa aktiviti seperti perjanjian persefahaman (MoU) dan aktiviti bersama komuniti setempat.
 
 
UPM, Songkhla Rajabhat University jalin kerjasama strategik pembangunan pengajian pelajar

SERDANG, 31 Mei - Universiti Putra Malaysia (UPM) jalin kerjasama strategik menerusi pemeteraian Perjanjian Persefahaman (MoU) dengan Songkhla Rajabhat University (SKRU) dalam mengukuhkan strategik pembangunan pengajian pelajar. 

Kerjasama dengan SKRU secara berterusan dalam penyelidikan, inovasi serta pencarian ilmu, mampu membentuk masa depan dan memberi kesan positif kepada kehidupan individu dan komuniti.

Turut hadir, Naib Canselor UPM, Dato’ Prof. Dr. Mohd Roslan Sulaiman dan Dean College of Innovation and Management, SKRU, Dr. Mumtas Meraman.             

Dekan Fakulti Perhutanan dan Alam Sekitar, UPM, Prof. Dr. Hazandy Abdul Hamid berkata,  program komuniti dapat membentuk satu landasan hubungan siswa dan Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dengan komuniti yang terlibat.

“Kerjasama yang dijalinkan ini mampu melahirkan golongan mahasiswa yang dinamik serta berkebolehan dalam mengurus kepelbagaian serta berkhidmat kepada masyarakat.

“Penglibatan pelajar dalam program kesukarelawan seperti ini akan menjadi nilai tambah kepada para graduan kita serta merupakan ruang dan peluang yang harus dimanfaatkan oleh pelajar UPM,” katanya.

Objektif utama pemeteraian MoU ini adalah sebagai satu sinergi dalam usaha mengorak langkah lebih jauh ke arah visi bersama di mana pendidikan tidak mengenal sempadan dan kecemerlangan tidak mengenal had.

Selari dengan Matlamat Satu dalam Pelan Strategik UPM 2021-2025 iaitu untuk melahirkan watak graduan berdaya tahan mendepani cabaran mendatang dengan memperkukuh jati diri, perpaduan dan semangat patriotisme.

Kerjasama strategik ini juga bagi mencapai matlamat penyatuan dua negara bagi merancakkan lagi dunia akademia dengan pelbagai aktiviti yang memacu kecemerlangan akademik dan kemajuan kepada masyarakat.

Pelbagai aktiviti telah dirangka bagi mengukuhkan kerjasama strategik ini antaranya melalui program mobiliti pelajar, kakitangan fakulti dan penyelidik untuk memupuk pemahaman budaya dan mempromosikan kepelbagaian akademik.

 

Perbincangan Strategik antara UPM dan Lembaga Studi Indonesia-Malaysia

 INDONESIA, 13 Januari - Lembaga Studi Indonesia- Malaysia dan Universiti Putra Malaysia (UPM) telah mengadakan perbincangan strategik bagi meningkatkan kemasukan pelajar cemerlang Indonesia ke UPM.

 
Lembaga Studi Indonesia-Malaysia yang diwakili Ibu Ellen Lubis dan Bapak Agustian Nurdin telah berkongsi strategi dengan Naib Canselor UPM, YBhg. Dato’ Prof. Dr. Mohd Roslan Sulaiman dan delegasi UPM berkenaan usaha mereka untuk menarik lebih ramai pelajar Indonesia ke UPM bagi menyambung pengajian di peringkat pra dan pascasiswazah.
 
YBhg. Dato' Prof. Dr. Mohd Roslan dalam perbincangan tersebut turut menyatakan komitmen UPM untuk bekerjasama erat dengan Lembaga Studi Indonesia-Malaysia selain berkongsi perkembangan dan kejayaan terkini UPM bagi menyokong usaha promosi akademik di negara jiran tersebut.
 
Turut hadir, Dekan Fakulti Perhutanan dan Alam Sekitar (FPAS), UPM, Prof. Dr. Hazandy Abdul Hamid, Pengarah Putra Science Park (PSP), UPM, Prof. Ir. Dr. Kamarul Arifin Ahmad dan Ketua Penolong Pendaftar Bahagian Kemasukan dan Bahagian Urus Tadbir Akademik, En. Mohd Firdaus Zakaria.

 

Lawatan rasmi UPM ke IPB University Indonesia kukuhkan kerjasama dan jaringan pelbagai bidang

BOGOR, 11 Januari – Naib Canselor Universiti Putra Malaysia (UPM), YBhg. Dato’ Prof. Dr. Mohd Roslan Sulaiman mengadakan lawatan rasmi di IPB University (Institut Pertanian Bogor) yang dihadiri oleh Rektor, Prof. Dr. Arif Satria dan Naib Rektor Hal Ehwal Antarabangsa, Kerjasama dan Hubungan Alumni, Prof. Dr. Ir. Dodik Ridho Nurrochmat.

YBhg. Dato’ Prof. Dr. Mohd Roslan berkata pertemuan itu bagi membincangkan kerjasama dalam penubuhan pejabat satelit, pertukaran staf dan pelajar, kolaborasi penyelidikan, penganjuran konferensi dan seminar serta memperkukuhkan jaringan dalam pelbagai bidang yang boleh dimanfaatkan bersama komuniti dan juga masyarakat.

Dalam pada itu, delegasi UPM turut dibawa melawat ke Agribusiness and Technology Park, IPB University.

Turut hadir, Dekan Fakulti Perhutanan dan Alam Sekitar (FHAS), UPM, Prof. Dr. Hazandy Abdul Hamid dan Pengarah Putra Science Park, UPM, Profesor Ir. Dr. Kamarul Arifin Ahmad. - UPM

UPM, UNHAS jalin kerjasama akademik dan penyelidikan

 

MAKASSAR, 9 Januari - Universiti Putra Malaysia (UPM) jalin kerjasama akademik dan penyelidikan bersama Universitas Hasanuddin (UNHAS) menerusi Pertukaran Memorandum Persefahaman (MoU) di sini.

Naib Canselor UPM, YBhg. Dato’ Prof. Dr. Mohd Roslan Sulaiman berkata menerusi MoU itu, Fakulti Perhutanan dan Alam Sekitar (FHAS), UPM berkongsi kepakaran serta kolaborasi strategik bagi program akademik serta penyelidikan.

“Kerjasama serantau ini memberi peluang pengalaman antarabangsa kepada pelajar UPM dan UNHAS untuk terlibat dalam program mobiliti seperti pertukaran berkredit, latihan industri, penyeliaan bersama atau sangkutan penyelidikan,” katanya.

Sementara itu, Rektor UNHAS, Prof. Dr. Ir. Jamaluddin Jompa berkata kerjasama ini adalah sejajar dengan hasrat untuk menjadi universiti yang bereputasi serta pusat kecemerlangan yang unggul di dalam dan luar negara.

Ini adalah sejajar dengan hasrat UNHAS untuk menyediakan persekitaran pembelajaran yang berkualiti kepada pelajar berdasarkan keperluan semasa serta menyebarluaskan lagi bidang sains, teknologi seni dan budaya untuk manfaat sejagat,” katanya.

MoU itu adalah selaras dengan visi UPM untuk menjadi sebuah universiti bereputasi antarabangsa. - UPM

Dalam Negara

Luar Negara     
 

Program Komuniti yang dijalankan di Hutan Simpan Ayer Hitam

 

  1. Program Pendidikan Perhutanan UPM-MPSJ bersama jawatankuasa Penduduk
  2. Sehari Bersama ALam Sekitar Taman Perumahan SP10
  3. Program bersama Malaysia Nature Society (MNS)
  4. Program Greening the Environment KWSP
  5. Program Penanaman Pokok EON Bank
  6. Program Komuniti di Rumah Orang Tua al-Ikhlas, Puchong bersama EXXONMobil

 

Kemaskini:: 26/06/2023 [masridien]

PERKONGSIAN MEDIA

SXESMAT~