Introduction | FACULTY OF FORESTRY AND ENVIRONMENT
» DEPARTMENT & SECTION » Natural Resources Section » Introduction

Introduction

Seksyen Sumber Alam (SSA) adalah salah satu jabatan di bawah Pusat Tanggungjawab Fakulti Perhutanan dan Alam Sekitar. SSA diberi tanggungjawab dalam merencanakan, merancang, mengurustadbir, dan menyelaras segala aktiviti di Hutan Simpan Ayer Hitam (HSAH) sepanjang tempoh perjanjian supaya seiring dengan fungsi hutan.

SSA bertanggungjawab dalam penggubalan dan perlaksanaan Rancangan Pengurusan Hutan (RPH) yang menjadi panduan dalam menguruskan HSAH ini. RPH ini disediakan sebagai mematuhi salah satu daripada keperluan di dalam perjanjian persefahaman di antara Universiti Putra Malaysia dan Kerajaan Negeri Selangor. Bagi menjamin pencapaian pengurusan hutan berkekalan, pelaksanaan RPH adalah dikawalselia dan dipantau secara berterusan oleh SSA.

 

Updated:: 22/10/2021 [kamarulizwan]

MEDIA SHARING

FACULTY OF FORESTRY AND ENVIRONMENT
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+60397697171
+60397693768
SXEaEAH~