Pengenalan | FAKULTI PERHUTANAN DAN ALAM SEKITAR
» JABATAN & SEKSYEN » Jabatan Rekreasi dan Ekopelancongan » Pengenalan

Pengenalan

Jabatan Rekreasi dan Ekopelancongan telah ditubuhkan secara rasminya pada 1 September 2012. Jabatan  menawarkan program Bacelor Sains Taman dan Rekreasi mulai Sesi 2011/2012 dan kini program tersebut ditawarkan dengan nama Bacelor Sains Taman dan Rekreasi Dengan Kepujian. Penawaran program ini akan mengeluarkan pemimpin yang akan mengetuai serta merancang program dalam bidang taman alam dan rekreasi dengan lebih beretika serta kompeten keprofesionalismanya. 

Pengkhususan kepakaran pegawai akademik Jabatan ini termasuklah dalam bidang Ekologi Rekreasi (Recreation Ecology), Pemprograman Rekreasi (Recreation Programming), Keusahawanan Rekreasi (Recreation Entrepreneurship), Kemahiran Rekreasi Luar (Outdoor Recreation Skills), Pentadbiran Taman (Parks Administration) Perancangan dan Rekabentuk Taman (Parks Planning and Designing), Interpretasi Persekitaran (Environmental Interpretation), Kepemimpinan Rekreasi (Recreation Leadership),  Rekreasi Terapi (Therapeutic Recreation), Pengurusan Risiko Alam Liar (Wilderness Risk Management), Ekonomi Rekreasi (Recreation Economy) dan Ekopelancongan (Ecotourism). 

Penubuhan Jabatan ini adalah seiring dengan aspirasi negara untuk mewujudkan industri pelancongan sebagai pemacu kekuatan ekonomi negara bersesuaian dengan prinsip pembangunan industri pelancongan yang mapan. Bidang ekopelancongan merupakan salah satu daripada 11 sektor yang terangkum di dalam Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA). Di bawah pelaksanaan program NKEA, bidang ekopelancongan akan bakal meningkatkan permintaan tenaga kerja professional dalam dalam industri pelancongan yang berteraskan alam semulajadi. Pihak Jabatan juga dalam perancangan untuk menawarkan program Master Ekopelancongan yang menawarkan kursus-kursus berteraskan prinsip ekopelancongan di peringkat pasca siswazah.  Tenaga akademik dan kepakaran Jabatan ini berpotensi untuk memantapkan program akademik yang ada di Fakulti Perhutanan dan Alam Sekitar secara khususnya serta Universiti Putra Malaysia secara amnya.

 

 

Kemaskini:: 20/10/2021 [masridien]

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI PERHUTANAN DAN ALAM SEKITAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+60397697171
+60397693768
SXESOAB~