Pengenalan | FAKULTI PERHUTANAN DAN ALAM SEKITAR
» JABATAN & SEKSYEN » Jabatan Industri Kayu dan Gentian » Pengenalan

Pengenalan

Jabatan Industri Kayu dan Gentian yang dulunya dikenali dengan Jabatan Pengeluaran Hutan ditubuhkan pada tahun 1973 dengan matlamat melahirkan graduan terlatih, profesional dalam bidang sumber hutan dan perkayuan. Untuk mencapai matlamat tersebut, jabatan menawarkan program Bacelor Sains Teknologi Kayu. Bagi memperkukuhkan bidang hasil hutan, jabatan menyediakan prasarana dan modal insan bagi melaksanakan penyelidikan dan khidmat masyarakat.

Program Bacelor Sains Teknologi Kayu Dengan Kepujian merupakan program pelbagai disiplin yang melibatkan komponen sains asas, sains kayu, teknologi pemprosesan, dan ekonomi dan pengurusan dalam pemasaran sumber hutan. Disamping itu pelajar juga akan didedahkan dengan Latihan profesional di mana pelajar ditempatkan dipelbagai agensi awam untuk meningkatkan kemahiran insaniah dalam menyelesaikan masalah secara lebih praktik dalam keadaan sebenar.

Pegawai Akademik Jabatan ini mempunyai pelbagai latar belakang dalam bidang pengkhususan yang berkaitan dengan perkayuan dan sumber hutan. Di antara aktiviti penyelidikan dan kerja perundingan yang dijalankan merangkumi bidang sains kayu dan gentian, pemprosesan kayu, peningkatan mutu kayu, biokomposit, teknologi pulpa dan kertas, ekonomi dan pemasaran hasil hutan, operasi dan aplikasi geoinformasi hutan.

Jabatan juga dilengkapi dengan peralatan pengajaran dan makmal seperti bengkel kayu, anatomi, kimia kayu, pulpa dan kertas, uji bahan, komposit, pengeringan dan rawatan kayu, kemerosotan kayu, foto udara (GIS), dan survei hutan. Antara alatan utama dalam makmal ini adalah alatan mesin uji kayu (Instron), image analyzer, spektrofotometer, pemesinan kayu, penekan panas, tanur, silinder rawatan bertekanan, ketuhar gelombang berskala industri,

Dengan gabungan modal insan dan peralatan yang ada, jabatan juga menawarkan kursus jangka pendek kepada masyarakat dan pengusaha industri yang berminat untuk meningkatkan kemahiran dan pengetahuan dalam bidang berkaitan industri berasas kayu. Di antara kursus yang lazim yang ditawarkan adalah kursus pengeringan dan pengawetan kayu, pulpa dan kertas, aplikasi GIS dalam industri perhutanan, analisis kewangan untuk industri perkayuan, analisis statistik perkayuan.

 

 

Kemaskini:: 20/10/2021 [masridien]

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI PERHUTANAN DAN ALAM SEKITAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+60397697171
+60397693768
SXDdFAt~