Fakulti Perhutanan dan Alam Sekitar dengan kerjasama Fakulti Rekabentuk dan Senibina telah berjaya menganjurkan Wood Art Exhibition bagi kursus IND3000: Asas Rekabentuk pada 12 Februari 2026 di Perkarangan Lobi Fakulti Perhutanan dan Alam Sekitar, Kompleks A. Pameran ini mempamerkan hasil kreativiti dan inovasi pelajar Bacelor Sains Industri Perkayuan dengan Kepujian yang menampilkan penggunaan kayu dan bahan organik secara kreatif serta berkonsepkan kelestarian. Turut hadir memeriahkan program ini ialah wakil daripada SWCorp Malaysia sebagai tanda sokongan terhadap inisiatif berteraskan kelestarian dan kreativiti dalam kalangan pelajar. Penganjuran program ini membuktikan komitmen fakulti dalam melahirkan graduan yang kreatif, inovatif dan berdaya saing dalam industri perkayuan. Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih dirakamkan kepada para pensyarah serta semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini. Tahniah kepada para pelajar atas dedikasi dan usaha cemerlang yang membanggakan fakulti.



Tarikh Input: 12/02/2026 | Kemaskini: 12/02/2026 | norazian_nga

Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Malaysia