WEBINAR COVID-19 DAN PEMBUNGKUSAN MAKANAN: PENGGERAK TREND PEMBUNGKUSAN MAKANAN DAN MINUMAN BERASASKAN KERTAS | FAKULTI PERHUTANAN DAN ALAM SEKITAR
» BERITA » WEBINAR COVID-19 DAN PEMBUNGKUSAN MAKANAN: PENGGERAK TREND PEMBUNGKUSAN MAKANAN DAN MINUMAN BERASASKAN KERTAS

WEBINAR COVID-19 DAN PEMBUNGKUSAN MAKANAN: PENGGERAK TREND PEMBUNGKUSAN MAKANAN DAN MINUMAN BERASASKAN KERTAS

Sejak COVID-19, rantaian sumber makanan menghadapi masalah dan laluan penghantaran sumber makanan tidak berfungsi seperti biasa. Dengan itu, pembungkusan amat penting dalam meningkatkan jangka hayat makanan dan membolehkan makanan segar dihantar ke tempat yang ditetapkan dengan pengurangan pembaziran. Pembungkusan adalah faktor penting untuk mengurangkan pembaziran makanan dan juga memberikan perlindungan dari pelbagai kerosakan semasa pengangkutan. Tambahan pula, pembungkusan yang sesuai dapat mengurangkan kemungkinan pencemaran mikroba dari persekitaran dan meningkatkan hayat penyimpanan makanan dengan penjagaan kualitinya. Kebanyakkan pengguna melihat kelebihan pembungkusan plastik dari segi ini tetapi isu kelestarian alam sekitar yang berkait perlu dipertimbangkan. Oleh itu, pembungkusan biodegradasi dari pulpa dan kertas mendapat minat dari industri makanan kerana kesannya yang signifikan terhadap pelanjutan jangka hayat dan keselamatan makanan. Namun begitu, masih mempunyai banyak kelebihan tersembunyi yang mencabar untuk dieksplotasi dan diaplikasi pada pembungkusan makanan berasaskan pulpa dan kertas. Melalui webinar ini, kita akan membincangkan kesan COVID-19 terhadap industri pembungkusan, trend pembungkusan makanan berasaskan kertas, norma seterusnya bagi reka bentuk pembungkusan kertas dan mitos serta salah tanggapan mengenai pembungkusan makanan.

Sertailah kami untuk webinar yang membincangkan semua perkara yang anda ingin ketahui tentang COVID-19 dan PEMBUNGKUSAN MAKANAN: Penggerak Trend Pembungkusan Makanan dan Minuman Berasaskan Kertas. Webinar ini dianjurkan oleh Laboratori Biopolimer dan Bahan Terbitan (BADs), Institut Perhutanan Tropika dan Hasil Hutan (INTROP), Universiti Putra Malaysia (UPM). Penyertaan adalah percuma dan pautan akses akan diberi selepas pendaftaran.

 

TARIKH: 22 SEPT 2021 (RABU)

MASA: 10:00 PAGI KUALA LUMPUR

 

Pautan pendaftaran: https://forms.gle/K3UbPTcFcjo6PMmu7 

Tarikh Input: 21/08/2021 | Kemaskini: 22/08/2021 | norazian_nga

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI PERHUTANAN DAN ALAM SEKITAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+60397697171
+60397693768
SXEZNAg~