28 Ogos 2025 – Fakulti Perhutanan dan Alam Sekitar (FHAS), Universiti Putra Malaysia telah mengadakan Sesi Penilaian Pertandingan Kibar Jalur Gemilang Inter Jabatan/Pejabat sempena sambutan Hari Kebangsaan 2025.
Program ini berlangsung dari pukul 9.00 pagi hingga 12.00 tengah hari bertempat di Kompleks A, Kompleks B dan SISFEC, FHAS.
Pertandingan ini bertujuan untuk menyemarakkan semangat patriotisme dalam kalangan warga fakulti di samping memupuk rasa cinta terhadap Jalur Gemilang sebagai simbol kedaulatan negara.
Melalui pertandingan ini, setiap jabatan dan pejabat di bawah FHAS mengambil bahagian dengan menghiasi ruang pejabat serta kawasan persekitaran menggunakan Jalur Gemilang dan elemen-elemen bertemakan kemerdekaan dengan menggunakan bahan kitar semula.
Tarikh Input: 02/09/2025 |
Kemaskini: 03/09/2025 | masridien
PERKONGSIAN MEDIA