Pelajar Bacelor Sains Industri Perkayuan dengan Kepujian (BSIPDK), Fakulti Perhutanan dan Alam Sekitar, Universiti Putra Malaysia di bawah penyelaras kursus Dr. Sabiha Salim telah melaksanakan Projek SULAM Program Rawatan Kayu Lestari dengan kerjasama MBSA dan ReKayu di Pusat Ekonomi Kitaran Kayu (PEKKA), Shah Alam. Program ini memberi tumpuan kepada teknik Shou Sugi Ban. Program ini merupakan sebahagian daripada kursus FHH3203-1 (Kemerosotan Kayu dan Rawatan), bertujuan memberi pendedahan praktikal terhadap rawatan kayu yang lestari dan inovatif, serta menyokong amalan ekonomi kitaran melalui penggunaan semula produk kayu. Selain memenuhi keperluan pembelajaran, program ini turut berperanan sebagai medium perkongsian ilmu dan peningkatan kesedaran komuniti berkaitan kaedah rawatan kayu lestari dalam pembangunan mampan.
📅 14 Januari 2026
🤠Kerjasama: MBSA, MPP Zon 22 dan ReKayu
Tarikh Input: 16/01/2026 |
Kemaskini: 16/01/2026 | norazian_nga
PERKONGSIAN MEDIA