PROGRAM RAWATAN KAYU LESTARI - Projek SULAM BSIP Fakulti Perhutanan Dan Alam Sekitar (FHAS), UPM | FAKULTI PERHUTANAN DAN ALAM SEKITAR forenv
» BERITA » PROGRAM RAWATAN KAYU LESTARI - Projek SULAM BSIP Fakulti Perhutanan dan Alam Sekitar (FHAS), UPM

PROGRAM RAWATAN KAYU LESTARI - Projek SULAM BSIP Fakulti Perhutanan dan Alam Sekitar (FHAS), UPM

14 Jan - Pelajar Bacelor Sains Industri Perkayuan (BSIP), Universiti Putra Malaysia di bawah penyelaras kursus Dr Sabiha bt Salim telah melaksanakan Projek SULAM Program Rawatan Kayu Lestari dengan kerjasama MBSA dan ReKayu di Pusat Ekonomi Kitaran Kayu (PEKKA), Shah Alam. Program ini memberi tumpuan kepada teknik Shou Sugi Ban.
 
Program ini merupakan sebahagian daripada kursus FHH3203-1 (Kemerosotan Kayu dan Rawatan), bertujuan memberi pendedahan praktikal terhadap rawatan kayu yang lestari dan inovatif, serta menyokong amalan ekonomi kitaran melalui penggunaan semula produk kayu.
 
Selain memenuhi keperluan pembelajaran, program ini turut berperanan sebagai medium perkongsian ilmu dan peningkatan kesedaran komuniti berkaitan kaedah rawatan kayu lestari dalam pembangunan mampan.
 
📅 14 Januari 2026
🤝 Kerjasama: MBSA, MPP Zon 22 dan ReKayu
 

Tarikh Input: 20/01/2026 | Kemaskini: 20/01/2026 | masridien

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI PERHUTANAN DAN ALAM SEKITAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+60397697171
+60397693768
X, (02:52:06am-02:57:06am, 16 Sep 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]