Program Pendidikan Alam Semulajadi | FAKULTI PERHUTANAN DAN ALAM SEKITAR
» BERITA » Program Pendidikan Alam Semulajadi

Program Pendidikan Alam Semulajadi


Fakulti Perhutanan, Universiti Putra Malaysia (UPM) menganjurkan Program Pendidikan Alam Semulajadi Bersama
Murid-murid Pendidikan Khas Integrasi bagi memupuk semangat menghargai alam sekitar.

Pengarah program, Dr. Norzanalia Saadun berkata, program ini bertujuan memberi pendedahan kepada murid-murid
Pendidikan Khas Integrasi mersai sendiri suasana sebenar hutan yang kaya dengan flora fauna.

"Di samping itu, program ini membantu meningkatkan keyakinan diri, komunikasi dan kerjasama dalam kumpulan," katanya
dalam satu kenyataan baru-baru ini.

Seramai 22 murid Program Pendidikan Khas Integrasi Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Putra Perdana, Sepang dan
lapan orang guru mengikuti program ini di Pusat Pendidikan Perhutanan Sultan Idris Shah, Hutan Simpan Ayer Hitam, Puchong,
Selangor, baru-baru ini.

Sementara itu, wakil Pejabat Pendidikan Daerah Sepang, Zalifah Redzuan berkata, pihaknya akan sentiasa memberi
sokongan padu terhadap program-program yang melibatkan kelestarian alam sekita dan pembangunan kendiri murid.

Tarikh Input: | Kemaskini: 14/03/2017 | faiz_mokhtar

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI PERHUTANAN DAN ALAM SEKITAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+60397697171
+60397693768
SXEUJAs~