Pertemuan Strategik FHAS Bersama Pengerusi LPU UPM Perkukuh Hala Tuju 2026 | FAKULTI PERHUTANAN DAN ALAM SEKITAR forenv
» BERITA » Pertemuan Strategik FHAS Bersama Pengerusi LPU UPM Perkukuh Hala Tuju 2026

Pertemuan Strategik FHAS Bersama Pengerusi LPU UPM Perkukuh Hala Tuju 2026

30 Mac - Fakulti Perhutanan dan Alam Sekitar (FHAS), Universiti Putra Malaysia (UPM) telah mengadakan satu sesi pertemuan rasmi bersama YBhg. Dato’ Sri Jailani Johari, Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti (LPU) UPM, bertempat di Smart Classroom, FHAS. Sesi ini melibatkan Dekan serta barisan Ahli Pengurusan fakulti.
 
Pertemuan tersebut bertujuan untuk memperkukuh hubungan strategik antara pihak fakulti dan LPU, di samping membincangkan hala tuju pembangunan fakulti bagi tahun 2026 secara lebih komprehensif. Perbincangan merangkumi pelbagai aspek penting, termasuk perancangan projek pembangunan fakulti, isu dan cabaran yang dihadapi di SISFEC, serta usaha memperkasa penjanaan pendapatan fakulti dalam konteks kelestarian kewangan institusi.
 
Dalam sesi ini, Pengerusi LPU telah mengemukakan pandangan strategik serta cadangan penambahbaikan yang bersifat konstruktif, khususnya dalam memperkukuh keupayaan tadbir urus, meningkatkan daya saing fakulti, serta memastikan kerelevanan fakulti di peringkat nasional dan antarabangsa.
 
Selain itu, sesi ini turut menyediakan platform kepada pihak pengurusan fakulti untuk berkongsi pandangan, cabaran semasa serta membentangkan perancangan masa hadapan dalam usaha mempertingkatkan kecemerlangan FHAS secara holistik.
 

Tarikh Input: 02/04/2026 | Kemaskini: 02/04/2026 | masridien

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI PERHUTANAN DAN ALAM SEKITAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+60397697171
+60397693768
X, (02:19:28am-02:24:28am, 16 Sep 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]