Perbincangan Penawaran Program Bacelor Sains Perhutanan Dengan Kepujian Secara Pendidikan Jarak Jauh Bersama Pengarah Pusat Jaminan Kualiti (CQA) | FAKULTI PERHUTANAN DAN ALAM SEKITAR
» BERITA » Perbincangan Penawaran Program Bacelor Sains Perhutanan Dengan Kepujian Secara Pendidikan Jarak Jauh Bersama Pengarah Pusat Jaminan Kualiti (CQA)

Perbincangan Penawaran Program Bacelor Sains Perhutanan Dengan Kepujian Secara Pendidikan Jarak Jauh Bersama Pengarah Pusat Jaminan Kualiti (CQA)

Pihak fakulti telah mengadakan satu perbincangan bersama Pengarah Pusat Jaminan Kualiti (CQA) mengenai penawaran Program Bacelor Sains Perhutanan Dengan Kepujian Secara Pendidikan Jarak Jauh yang dicadangkan ditawarkan pada Oktober 2022. Perbincangan telah diadakan pada 27 Jun 2022 (Isnin) bertempat di Bilik Mesyuarat 1, Kompleks A, Fakulti Perhutanan dan Alam Sekitar (FHAS).

 

Perbincangan dihadiri oleh YBhg Dekan FHAS, Timbalan Dekan (AHEPA) FHAS, Ketua Jabatan Sains Perhutanan dan Biodiversiti, Penyelaras Program Bacelor Sains Perhutanan Dengan Kepujian Secara Jarak Jauh dan Penolong Pendaftar Kanan  (Puan Wan Rohani Wan Mohamed).

 Tujuan perbincangan adalah untuk membincangkan proses dan status dokumen yang dimajukan kepada pihak CQA untuk tujuan penawaran Program Bacelor Sains Perhutanan Dengan Kepujian Secara Pendidikan Jarak Jauh.

Tarikh Input: 08/08/2022 | Kemaskini: 08/08/2022 | wrohani

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI PERHUTANAN DAN ALAM SEKITAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+60397697171
+60397693768
SXETEAG~