Majlis Sambutan Mega Raya Aidilfitri FHAS UPM 2025 Meriah Dan Penuh Warna-warni! | FAKULTI PERHUTANAN DAN ALAM SEKITAR forenv
» BERITA » Majlis Sambutan Mega Raya Aidilfitri FHAS UPM 2025 meriah dan penuh warna-warni!

Majlis Sambutan Mega Raya Aidilfitri FHAS UPM 2025 meriah dan penuh warna-warni!

SERDANG, 24 April - Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menganjurkan Sambutan Mega Raya Aidilfitri 2025 melibatkan seluruh Pusat Tanggungjawab (PTJ) seluruh UPM seperti tahun kebiasaannya. 

Semua Pusat Tanggungjawab (PTJ) digalakkan membuat persiapan dengan cara sendiri seperti menyediakan juadah, membuat hiasan serta menjemput dan menerima jemputan dengan menjadikan pejabat seperti rumah terbuka. 

 

Staf-staf UPM dan dari pihak luar juga dibenarkan untuk saling berkunjung antara satu PTJ dan PTJ yang lain.

Fakulti Perhutanan dan Alam Sekitar (FHAS), UPM juga melibatkan diri dengan membuat persiapan untuk menyambut majlis hari raya ini dengan membuat hiasan, gotong royong pada sehari sebelumnya. Pada hari kejadian, semua staf telah terlibat dalam menyediakan hidangan untuk menerima tetamu seperti hidangan makanan, tempat makan dan sebagainya. 

 

FHAS UPM amat bertuah apabila Naib Canselor, YBhg. Dato’ Prof. Dr. Ahmad Farhan Mohd Sadullah sudi mengunjungi Rumah Terbuka FHAS pada jam 10.30 pagi bagi meraikan majlis hari raya serta menyantuni para staf di FHAS UPM. 

 

Sambutan mega raya aidilfitri ini diraikan dengan penuh makna dan kesyukuran kerana ianya dapat mengeratkan silaturrahim di antara PTJ-PTJ melalui ziarah-menziarahi antara satu sama lain.

 

Tarikh Input: 25/04/2025 | Kemaskini: 25/04/2025 | masridien

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI PERHUTANAN DAN ALAM SEKITAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+60397697171
+60397693768
X, (07:05:44pm-07:10:44pm, 12 Sep 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]