23 Oktober 2025 – Fakulti Perhutanan dan Alam Sekitar, Universiti Putra Malaysia menerima kunjungan hormat daripada delegasi Fakulti Pertanian, Universitas Brawijaya, Indonesia, dalam usaha memperkukuh jalinan kerjasama akademik antara kedua-dua institusi.
Kunjungan tersebut bertujuan untuk membincangkan penyediaan Perjanjian Pelaksanaan (Implementation Agreement) serta meneroka peluang penyelidikan bersama, pertukaran akademik, dan program mobiliti pelajar antara kedua-dua universiti.
Seramai lima (5) orang ahli delegasi dari Universitas Brawijaya hadir dalam sesi kunjungan hormat yang berlangsung pada 23 Oktober 2025 (Khamis), jam 2.30 petang, bertempat di Bilik Mesyuarat 1, Kompleks A, Fakulti Perhutanan dan Alam Sekitar (FHAS), UPM.
Pertemuan ini diharap dapat memperkukuh jaringan kerjasama strategik dalam bidang pertanian dan perhutanan serta membuka ruang baharu dalam pelaksanaan aktiviti akademik dan penyelidikan di peringkat antarabangsa.
Tarikh Input: 24/10/2025 |
Kemaskini: 24/10/2025 | masridien
PERKONGSIAN MEDIA