Komitmen Kepimpinan UPM: Lawatan TNC Pacu Agenda Akademik Dan Pengantarabangsaan | FAKULTI PERHUTANAN DAN ALAM SEKITAR forenv
» BERITA » Komitmen Kepimpinan UPM: Lawatan TNC Pacu Agenda Akademik dan Pengantarabangsaan

Komitmen Kepimpinan UPM: Lawatan TNC Pacu Agenda Akademik dan Pengantarabangsaan

Serdang, 6 April 2026 - Fakulti Perhutanan dan Alam Sekitar telah menerima lawatan rasmi Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Universiti Putra Malaysia, YBhg. Prof. Ir. Dr. Abd. Rahim bin Abu Talib.
 
Lawatan ini menunjukkan komitmen berterusan pihak pengurusan tertinggi universiti dalam memperkukuh tadbir urus akademik serta memperkasa agenda pengantarabangsaan yang sejajar dengan aspirasi strategik UPM.
 
Sesi pembentangan yang diadakan telah memberi tumpuan kepada hal ehwal akademik, merangkumi pengurusan program, kualiti pengajaran dan pembelajaran, serta peranan holistik staf akademik dan bukan akademik dalam menyokong kelangsungan serta kecemerlangan aktiviti akademik Fakulti.
 
Perbincangan yang berlangsung secara konstruktif turut membuka ruang kepada perkongsian pandangan dalam memperkukuh ekosistem akademik yang dinamik, inklusif dan berimpak tinggi.
 
Lawatan diteruskan dengan sesi tinjauan ke fasiliti pengajaran, termasuk bilik kuliah dan dewan kuliah, bagi menilai persekitaran pembelajaran serta kemudahan yang menyokong pengalaman pembelajaran pelajar secara menyeluruh.
 
Fakulti merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas kesudian beliau meluangkan masa, serta sokongan berterusan beliau dalam memacu kecemerlangan Universiti Putra Malaysia ke peringkat yang lebih tinggi.
 

Tarikh Input: 08/04/2026 | Kemaskini: 08/04/2026 | masridien

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI PERHUTANAN DAN ALAM SEKITAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+60397697171
+60397693768
X, (02:35:54am-02:40:54am, 16 Sep 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]