30 Jun - Majlis Perasmian Kejohanan Sukan Staf (SUSTAF) Universiti Putra Malaysia 2025 bertempat di Stadium Universiti Putra Malaysia telah diadakan dengan penuh semangat kesukanan pada 30 Jun 2025.
Majlis ini telah disempurnakan oleh YBhg. Dato' Prof. Ir. Dr. Ahmad Farhan bin Mohd Sadullah, Naib Canselor, Universiti Putra Malaysia. Turut hadir bersama En. Muhazzam bin Mansor, Pendaftar UPM, Pn. Siti Amira binti Shukor, Bursar UPM, Prof. Dr. Mohammad Hamiruce bin Marhaban, Pengarah Akademi Sukan UPM, dan En. Muhammad Malik bin Ahmad Tobias, Timbalan Pengarah Pengembangan Atlet dan Staf, Akademi Sukan, UPM.
Terdapat 8 gabungan terlibat dalam upacara perbarisan serta membawa cabaran sepanjang kejohanan ini. FHAS bersama 6 lagi PTJ iaitu FBMK, FPP, INTROP, IPSAS, iDEC dan Akademi Sukan bersatu dalam gabungan 2.
Gabungan 2 berjaya merangkul tempat ke-4 dalam acara perbarisan.
Tarikh Input: 01/07/2025 |
Kemaskini: 01/07/2025 | masridien
PERKONGSIAN MEDIA