9 Feb - Fakulti Perhutanan dan Alam Sekitar (FHAS) telah menganjurkan Bengkel Penetapan Sasaran Strategik dan Perancangan Taktikal FHAS 2026 sebagai usaha memperkukuh hala tuju strategik fakulti bagi tahun 2026.
Bengkel ini melibatkan ahli pengurusan fakulti termasuk pegawai fakulti berkaitan bagi membincangkan penetapan sasaran strategik yang selari dengan pelan strategik universiti dan keperluan semasa pendidikan tinggi.
Perbincangan tertumpu kepada pencapaian Petunjuk Prestasi Utama (KPI), penambahbaikan tadbir urus akademik, pengukuhan penyelidikan dan inovasi, pemerkasaan perkhidmatan, pengurusan sumber manusia dan kewangan yang mampan serta jaringan strategik.
Melalui sesi perbincangan berfokus dan pembentangan taktikal, bengkel ini bertujuan memastikan setiap perancangan yang dirangka bersifat realistik, berimpak tinggi dan boleh dilaksanakan secara berkesan. Pendekatan kolaboratif yang diterapkan turut memberi ruang kepada perkongsian pandangan serta penyelarasan keutamaan antara pejabat, jabatan dan seksyen di fakulti.
Penganjuran bengkel ini mencerminkan komitmen FHAS dalam memastikan perancangan strategik fakulti dilaksanakan secara sistematik, bersepadu dan sejajar dengan aspirasi universiti ke arah kecemerlangan berterusan.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Tarikh Input: 11/02/2026 | Kemaskini: 11/02/2026 | masridien

Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Malaysia