Fakulti Perhutanan dan Alam Sekitar (FHAS) telah berjaya menganjurkan Bengkel Penilaian Pencapaian Prestasi FHAS 2025 @ Management Review Meeting (MRM) FHAS Kali ke-1 sebagai platform rasmi pengurusan fakulti bagi menilai keberkesanan sistem pengurusan, prestasi keseluruhan serta pencapaian objektif strategik fakulti.
Bengkel ini bertujuan menyemak pencapaian Petunjuk Prestasi Utama (KPI), objektif kualiti dan perancangan strategik fakulti. Selain itu, perbincangan turut merangkumi hasil audit dalaman dan luaran, maklum balas pihak berkepentingan, pengurusan risiko serta peluang penambahbaikan berterusan. Bengkel ini juga menjadi asas kepada penetapan keputusan strategik melibatkan peruntukan sumber, pelan tindakan dan hala tuju fakulti.
Bengkel yang dipengerusikan oleh YBhg. Prof. Dr. Azlizam Aziz, Dekan FHAS, telah berlangsung pada 9 Januari 2026 (Jumaat) dari 9.00 pagi hingga 4.30 petang bertempat di Palm Garden Hotel, Putrajaya.
Sepanjang bengkel, laporan penilaian prestasi fakulti bagi tempoh 1 Januari 2025 hingga 31 Disember 2025 telah dibentangkan oleh Timbalan Dekan, Ketua Pentadbir Fakulti, Ketua Seksyen Sumber Alam, Ketua Jabatan serta Pengerusi Jawatankuasa Fakulti mengikut portfolio masing-masing.
Sesi sumbang saran turut dilaksanakan secara berkesan bagi mengenal pasti langkah penambahbaikan dan memperkukuh pencapaian fakulti pada masa hadapan.
Tarikh Input: 14/01/2026 |
Kemaskini: 14/01/2026 | masridien
PERKONGSIAN MEDIA