AUDIT AKREDITASI SEMENTARA PROGRAM BACELOR SAINS PERHUTANAN DENGAN KEPUJIAN SECARA PENDIDIKAN JARAK JAUH | FAKULTI PERHUTANAN DAN ALAM SEKITAR
» BERITA » AUDIT AKREDITASI SEMENTARA PROGRAM BACELOR SAINS PERHUTANAN DENGAN KEPUJIAN SECARA PENDIDIKAN JARAK JAUH

AUDIT AKREDITASI SEMENTARA PROGRAM BACELOR SAINS PERHUTANAN DENGAN KEPUJIAN SECARA PENDIDIKAN JARAK JAUH

Isnin – 22 Ogos 2022- Pihak fakulti bercadang untuk menawarkan Program Bacelor Sains Perhutanan Dengan Kepujian (BSHDK) Secara Pendidikan Jarak Jauh (PJJ) pada kemasukan Oktober 2022. Sehubungan itu, Audit Lokasi Akreditasi Sementara bagi Program BSHDK secara PJJ telah diadakan pada 22 Ogos 2022 (Isnin) bertempat di Bilik Mesyuarat 1, Kompleks A, Fakulti Perhutanan dan Alam Sekitar (FHAS).

Seramai 3 orang auditor telah dilantik bagi audit ini iaitu Dr. Rojanah Kahar (Pengerusi) dari Fakulti Ekologi Manusia, UPM, Dr. Zufarzaana Zulkeflee dari FHAS, UPM dan Prof. Madya Dr. Azidah Abu Ziden dari Universiti Sains Malaysia.

Majlis pembukaan audit bermula pada jam 9.30 pagi dengan dihadiri oleh Prof. Dr. Hazandy Abdul Hamid, Dekan, FHAS, Prof. Madya Dr. Kamziah Abd Kudus, Timbalan Dekan (Akademik dan Hal Ehwal Pelajar & Alumni), FHAS, Prof. Madya Dr. Norizah Kamaruddin, Ketua Jabatan Sains Perhutanan dan Biodiversiti, FHAS, Dr. Razak Terhem, Penyelaras Program BSHDK secara PJJ, FHAS, Puan Wan Rohani Wan Mohamed, Penolong Penyelas Program BSHDK secara PJJ, FHAS, Puan Juita Md Tahir, Ketua Penolong Pendaftar, FHAS, Prof. Madya Dr. Wan Marzuki Wan Jaafar, Pengarah CADe serta wakil, Prof. Dr. Amin Ismail, Pengarah Pusat Jaminan Kualiti (CQA) serta wakil dan Dr. Mohd Kamil Yusoff, Ketua Eksekutif UPMET serta wakil. Sesi audit tamat pada jam 12.30 tengah hari.

 

 

 

Tarikh Input: 24/08/2022 | Kemaskini: 24/08/2022 | wrohani

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI PERHUTANAN DAN ALAM SEKITAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+60397697171
+60397693768
SXEOKAP~