Aktiviti Kutip Sampah Sambil Riadah (KUDAH), Denai Sungai Kebangsaan Sungai Kuyoh (DSKSK) 2.0 | FAKULTI PERHUTANAN DAN ALAM SEKITAR
» BERITA » Aktiviti Kutip Sampah Sambil Riadah (KUDAH), Denai Sungai Kebangsaan Sungai Kuyoh (DSKSK) 2.0

Aktiviti Kutip Sampah Sambil Riadah (KUDAH), Denai Sungai Kebangsaan Sungai Kuyoh (DSKSK) 2.0

Serdang, Selangor - Aktiviti KUDAH telah diadakan di DSKSK pada 29 Oktober 2022 bermula jam 7.30 pagi hingga jam 9.30 pagi bersama penduduk Sri Serdang dan orang ramai dengan anjuran NAHRIM bersama Fakulti Perhutanan dan Alam Sekitar, UPM dan Indah Water Konsortium (IWK). Program ini merupakan lanjutan daripada aktiviti KUDAH di DSKSK yang diadakan pada 2 Julai 2022 lalu sebagai usaha berterusan untuk meningkatkan kesedaran dan memupuk semangat di kalangan komuniti di dalam pemeliharaan persekitaran sungai.

 

Penyertaan NAHRIM diketuai oleh YBrs. Ir. Mohd Zaki bin Mat Amin, Timbalan Ketua Pengarah dan YBrs. Ir. Ts. Gs. Dr. Safari bin Mat Desa, Pengarah Pusat Kajian Lembangan Sungai serta warga NAHRIM. Manakala UPM diketuai oleh YBrs. Prof. Madya Dr. Kamziah Abd. Kudus, Timbalan Dekan Akademik dan Hal Ehwal Pelajar & Alumni serta staf dan pelajar Fakulti Perhutanan dan Alam Sekitar, Universiti Putra Malaysia. Turut hadir warga IWK dan komuniti setempat.

Antara pengisian aktiviti KUDAH selain daripada kutip sampah ialah demonstrasi water quality sampling oleh pihak NAHRIM. Aktiviti ini sangat bermanfaat kepada pelajar UPM terutamanya pelajar  ijazah sarjana muda pengajian Alam Sekitar yang sememangnya berkaitan dengan bidang yang diceburi.

Demonstrasi Water Quality Sampling oleh Pegawai NAHRIM.

Peserta turut didedahkan dengan peralatan yang digunakan dalam demontrasi Water Quality Sampling.

Penglibatan pelajar dalam aktiviti KUDAH.

Tarikh Input: 01/11/2022 | Kemaskini: 01/11/2022 | siti_aidah

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI PERHUTANAN DAN ALAM SEKITAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+60397697171
+60397693768
SXEUTA7~