International Conference On The Future Wood Science And Technology Education 2021 (FWSTE2021) | FAKULTI PERHUTANAN DAN ALAM SEKITAR
» AKTIVITI » International Conference on The Future Wood Science and Technology Education 2021 (FWSTE2021)

AKTIVITI

Tajuk Acara
International Conference on The Future Wood Science and Technology Education 2021 (FWSTE2021)
Tarikh
27 May 2021 - 27 May 2021
Masa
09.00 - 05.00
Lokasi
Aplikasi Zoom
Ringkasan Acara
Persidangan Antarabangsa Pendidikan Sains dan Teknologi Kayu Masa Depan 2021 (FWSTE2021) dijadualkan berlangsung pada 27 Mei 2021. Objektif utama persidangan antarabangsa ini adalah untuk mengkaji trend semasa dalam program Sains & Teknologi Kayu di Malaysia, Indonesia dan Negara-negara Rantau yang lain. Persidangan ini akan dijalankan secara dalam talian melalui Aplikasi Zoom. Persidangan ini bertujuan untuk menyediakan platform komunikasi untuk pertukaran idea dan maklumat di kalangan saintis, ahli akademik, penyelidik, pelajar, graduan dan agensi atau industri perhutanan untuk berkongsi pendapat, persepsi dan membincangkan masa depan pendidikan sains dan teknologi kayu. Selain itu, pembantangan secara lisan oleh pembentang jemputan, pihak jatawatankuasa dengan ikhlas menjemput penyertaan pembentangan poster dalam talian untuk bidang sains dan teknologi kayu, dan isu umum dalam perhutanan, seperti pengurusan hutan, pemuliharaan hutan, operasi hutan dan ergonomik, biodiversiti dan ekologi, perubahan iklim dan hidrologi, bioteknologi hutan, perladangan hutan dan silvikultur, hasil hutan dan perkhidmatan, rekreasi hutan dan ekopelancongan dan potensi REDD+. Kertas tugasan yang dikemukakan akan disemak dan dimaklumkan secara berkumpulan dan dalam turutan, dan 3 poster terbaik akan diberi anugerah.

Kemaskini:: 16/04/2021 [norzanalia]

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI PERHUTANAN DAN ALAM SEKITAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+60397697171
+60397693768
SXETNAK~