Master Sains | FAKULTI PERHUTANAN DAN ALAM SEKITAR
» AKADEMIK » Pasca Siswazah » Master Sains

Master Sains

Program Master Sains adalah satu program siswazah melalui penyelidikan. Calon dikehendaki untuk mendaftar beberapa kursus dan menjalankan projek penyelidikan bebas.Pelajar yang mengikuti Master Sains boleh menamatkan program dalam tempoh sekurang-kurangnya satu tahun dan tempoh maksimum tiga tahun.


Syarat Kemasukan

 

  • Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh UPM dalam bidang perhutanan atau bidang yang berkaitan dengan PNKG minima 2.75 atau setara ; atau

 

  • PNGK 2.50 hingga 2.74 akan dipertimbangkan dengan pengalaman kerja sekurang-kurangnya 3 tahun.
     

 

Keperluan Program:

a) Kursus

Pelajar WAJIB mendaftar kursus Kaedah Penyelidikan namun TIDAK WAJIB mendaftar mana-mana kursus berstruktur yang lain. Walau bagaimanapun, pelajar mungkin perlu mendaftar beberapa kursus berstruktur atas nasihat Penasihat / Jawatankuasa Penyeliaan Tesis.

 

b) Tesis

Pelajar Master WAJIB mendaftar kursus Penyelidikan Master (SPS 5999) pada setiap semester. Ini adalah satu projek penyelidikan di mana pada akhir tempoh pengajian calon akan menyerahkan satu tesis. Tesis akan diperiksa dan peperiksaan viva dijalankan untuk menentukan kompetensi pelajar dalam bidang pengajian.

 

c) Seminar

PPelajar dikehendaki mendaftar kursus Seminar (SPS 5903). Kursus Seminar satu kredit adalah untuk pelajar menyediakan dan membentangkan secara lisan cadangan penyelidikan mereka dan perlu diambil selewat-lewatnya Semester Kedua program pengajian mereka. Kursus ini akan dinilai, Memuaskan / Tidak memuaskan.


Klik sini untuk MEMOHON

Kemaskini:: 02/07/2020 [surina_k]

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI PERHUTANAN DAN ALAM SEKITAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+60397697171
+60397693768
SXDdVAJ~