Doktor Falsafah | FAKULTI PERHUTANAN DAN ALAM SEKITAR
» AKADEMIK » Pasca Siswazah » Doktor Falsafah

Doktor Falsafah


Program Doktor Falsafah (PhD) juga memerlukan pelajar untuk melengkapkan beberapa kursus akademik dan menjalankan satu projek penyelidikan bebas. Program Doktor Falsafah boleh disiapkan dalam tempoh minimum dua tahun dan tempoh maksimum lima tahun.


Syarat Kemasukan

  • Ijazah Sarjana yang diiktiraf oleh UPM dalam bidang perhutanan atau bidang yang berkaitan ; atau

 

  • Ijazah Sarjana Muda dengan PNGK 3.75 ke atas atau setara dengan Kepujian Kelas Pertama akan dipertimbangkan untuk penawaran kemasukan terus (fast track) program PhD.

 

Keperluan Program:

a) Kursus

Pelajar WAJIB mendaftar kursus Kaedah Penyelidikan namun TIDAK WAJIB mendaftar mana-mana kursus berstruktur yang lain. Walau bagaimanapun, pelajar mungkin perlu mendaftar beberapa kursus berstruktur atas nasihat Penasihat / Jawatankuasa Penyeliaan Tesis.

b) Tesis

Pelajar Doktor Falsafah WAJIB mendaftar kursus Penyelidikan Doktor Falsafah (SPS 6999) pada setiap semester. Ini adalah satu projek penyelidikan di mana pada akhir tempoh pengajian calon akan menyerahkan satu tesis. Tesis akan diperiksa dan peperiksaan viva dijalankan untuk menentukan kompetensi pelajar dalam bidang pengajian.

 

c) Seminar

Pelajar dikehendaki mendaftar kursus Seminar (SPS 6903). Kursus Seminar satu kredit ini adalah untuk pelajar menyediakan dan membentangkan secara lisan cadangan penyelidikan mereka dan perlu diambil selewat-lewatnya Semester Kedua program pengajian mereka. Kursus ini akan dinilai, Memuaskan / Tidak memuaskan.

 

d) Peperiksaan Komprehensif

Pelajar yang mengikuti program Doktor Falsafah MESTI LULUS Peperiksaan Komprehensif bertulis dan lisan yang perlu diambil hanya selepas selesai semua kursus yang diperlukan untuk program ini, dalam tempoh lima semester pengajian keseluruhannya. Ia bertujuan untuk menilai pengetahuan pelajar dalam bidang pengajian, keupayaan untuk mengintegrasikan pengetahuan penyelidikan dan teori-teori yang berkaitan dengan isu-isu yang menjadi asas kepada bidang pengajian dan pemahaman atau kaedah penyelidikan yang relevan.

 

Klik sini untuk MEMOHON

 

 

 

 

 

Kemaskini:: 02/07/2020 [surina_k]

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI PERHUTANAN DAN ALAM SEKITAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+60397697171
+60397693768
SXDdAAZ~