Bahagian Hal Ehwal Pelajar & Alumni | FAKULTI PERHUTANAN DAN ALAM SEKITAR
» AKADEMIK » Bahagian Hal Ehwal Pelajar & Alumni

Bahagian Hal Ehwal Pelajar & Alumni

Bahagian Hal Ehwal Pelajar & Alumni (BHEP&A) merupakan salah satu komponen unit yang terpenting di Fakulti Perhutanan dan Alam Sekitar. BHEP&A diletakkan di bawah tanggungjawab Timbalan Dekan (Akademik dan Hal Ehwal Pelajar & Alumni).

BHEP&A bertanggungjawab menyelia dan menguruskan perkara berkaitan pelajar yang meliputi aspek kebajikan, kegiatan pelajar, disiplin, kesejahteraan diri pelajar dan juga Alumni pelajar.

FUNGSI UTAMA

Bahagian Hal Ehwal Pelajar & Alumni bertanggungjawab dalam perkara berikut:-

1. Mengawal selia kebajikan dan kesejahteraan pelajar.

2. Menyelaras aktiviti sukan, kesenian dan kebudayaan kepada pelajar.

3. Menguruskan segala permohonan dan hal-hal berkaitan biasiswa, pinjaman pelajaran dan bantuan zakat yang melibatkan agensi-agensi yang berkaitan.

4. Menyelaraskan aktiviti kelab dan persatuan serta kegiatan pelajar di dalam dan di luar kampus.

5. Menawarkan perkhidmatan kaunseling dan pembangunan sahsiah pelajar.

6. Menjalinkan kerjasama dengan Alumni dalam menganjurkan aktiviti yang bersesuaian.

Kemaskini:: 28/05/2021 [siti_aisyah]

PERKONGSIAN MEDIA

BVMJQA0:16:19