1) Bacelor Sains Perhutanan Dengan Kepujian
2) Bacelor Sains dan Teknologi Kayu Dengan Kepujian
3) Bacelor Sains Taman dan Rekreasi Dengan Kepujian
4) Bacelor Pengurusan Alam Sekitar Dengan Kepujian
5) Bacelor Sains dan Teknologi Alam Sekitar Dengan Kepujian
Bacelor Sains Perhutanan Dengan Kepujian (BSHDK)
Pengenalan
Program Bacelor Sains Perhutanan Dengan Kepujian (BSHDK) adalah program profesional yang mengambil masa selama 4 tahun (129 kredit), dengan 4 pakej elektif (i) Pengurusan Hutan, (ii) Ekologi dan Konservasi Hidupan Liar, (iii) Perhutanan Bandar, dan (iv) Perhutanan Ladang. Pelajar perlu mengambil sebanyak 30 kredit (9 kredit dari kursus generik dan 21 kredit dari pakej) daripada senarai kursus yang dipakejkan dan 6 kredit elektif bebas.
Penawaran pilihan bidang Ekologi dan Konservasi Hidupan Liar adalah sejajar dengan keperluan negara dan termaktub dalam Dasar Kepelbagaian Biologi Kebangsaan (2016-2025) yang memerlukan lebih ramai tenaga pakar terutamanya ahli perhutanan dalam pengurusan dan konservasi sumber hidupan liar secara lestari.
Bagi bidang Perhutanan Bandar, ianya mengambil kira keperluan semasa yang mana pelbagai isu mengenai hutan bandar yang antaranya keperluan mendesak tenaga pakar (arborist) dalam bidang ini amat kritikal seperti yang pernah dilaporkan di dalam akhbar ‘The Star’ (18 Jun 2014) bagi menguruskan dan memantau pokok bandaran agar risiko kemalangan dan kematian dapat dihindarkan. Dasar Perhutanan Negara 1972 (Pindaan 1992) dan Dasar Landskap Negara (2011) menjadi asas bagi penawaran bidang ini yang antaranya bertujuan mengekalkan, memelihara dan memulihara sumber hutan di kawasan perbandaran dan perumahan (hutan bandar).
Bidang Perhutanan Ladang pula mengambil kira keperluan industri perhutanan yang memfokuskan hutan ladang sebagai pembekal kayu utama negara sejajar dengan Dasar Industri Kayu Negara (NATIP 2010-2020) dan ini juga adalah langkah bagi memelihara ekosistem hutan dan mengelakkan kebergantungan sumber kayu dari hutan asli sedia ada. Ini berdasarkan kertas kabinet pada Mac 2005 yang bersetuju untuk mengurangkan kebergantungan sumber kayu dari hutan asli dan memelihara kawasan hutan sedia ada dengan membuka/menukar lebih banyak kawasan hutan ladang yang dteraju oleh Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK) dengan agensi pelaksananya adalah MTIB (Malaysian Timber Industrial Board).
Tujuan
Program Bacelor Sains Perhutanan Dengan Kepujian ditawarkan bertujuan menghasilkan graduan yang berpengetahuan dan berkemahiran untuk mengurus sumber hutan berlandaskan prinsip pengurusan hutan secara berkekalan. Di akhir program program, pelajar dapat:
Objektif
Objektif program adalah untuk:
Peluang Kerjaya
Graduan program ini mempunyai peluang kerjaya yang luas sama ada dalam sektor awam atau swasta. Secara amnya, graduan boleh bekerja sebagai:
Maklumat lanjut boleh emailkan kepada Ketua, Jabatan Sains Perhutanan dan Biodiversiti ; Prof. Madya Dr. Norizah Kamarudin melalui : norizah_k@upm.edu.my
Bacelor Sains dan Teknologi Kayu Dengan Kepujian (BSTKDK)
Objektif program ini ialah bertujuan untuk menghasilkan tenaga terlatih dalam bidang pengurusan dan teknikal dalam industri berasaskan kayu bagi menampung keperluan negara. Pelajar akan didedahkan kepada konsep, teori dan kaedah berdasarkan maklumat, bahan dan teknologi terkini. Tempoh pengajian program Bacelor Sains dan Teknologi Kayu Dengan Kepujian ialah 4 tahun (8 semester). Secara khusus, program ini akan melahirkan graduan berikut :
i. Berpengetahuan dalam menguruskan penggunaan sumber hasil hutan negara secara optimum,
ii. Mahir dalam teknologi pembuatan dan pemprosesan bahan kayu dan lignoselulosa di samping peka terhadap perlindungan alam sekitar, dan
iii. Mempunyai keupayaan sebagai pengurus profesional dalam bidang pengeluaran dan pemprosesan kayu dan hasil hutan
Peluang Kerjaya
Antara bidang-bidang perkhidmatan yang memerlukan graduan Bacelor Sains dan Teknologi Kayu Dengan Kepujian (BSTKDK) dalam sektor awam dan swasta adalah seperti berikut :
a. Sektor Awam
Di dalam sektor awam terdapat beberapa kementerian dan jabatan yang dapat menawarkan pekerjaan kepada graduan BSTK. Di antara kementerian yang dapat menawarkan pekerjaan ialah Kementerian Perladangan dan Komoditi, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, Kementerian Perdagangan dan Industri Antarabangsa, Kementerian Pelajaran Malaysia dan Kementerian Pengajian tinggi. Manakala jabatan dan institusi yang dapat menawarkan pekerjaan kepada graduan BSTK ialah Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia, Jabatan Hutan Sabah, Jabatan Perhutanan Sarawak, Institusi Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB), Perbadanan Kemajuan Industri Kayu Sarawak (STIDC), Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan lain-lain. Antara jawatan yang boleh disandang adalah :
* Pegawai Kawalan Mutu
* Pegawai Penggunaan Kayu
* Pegawai Penyelidik Perkayuan / Perhutanan
* Pegawai Sains
* Pegawai Perhubungan Perusahaan
* Pemelihara Hutan
* Pegawai Tadbir / Pegawai Tadbir dan Diplomatik
* Pegawai Penerangan
* Pengajar Politeknik, Institusi Kemahiran dan Kolej Komuniti, Pusat Latihan
* Pegawai Tentera dan Polis
* Guru dan Pensyarah Bidang Perkayuan atau Perhutanan
b. Sektor Swasta
Graduan BSTKDK boleh bekerja dengan syarikat perkayuan yang terlibat dalam pelbagai industri berasaskan kayu seperti pengilangan papan, kilang papan lapis, kilang perabot, pembuatan papan panel kayu, papan serpai, pulpa dan kertas dan lain-lain lagi. Di samping itu peluang untuk menceburkan diri sebagai usahawan dalam industri perkayuan oleh graduan BSTKDK adalah luas. Antara jawatan yang sesuai di sektor industri berasaskan kayu dan berkaitan adalah seperti berikut :
* Pelatih Pengurusan kilang
* Pengurus Pengeluaran
* Pengurus Sumber Manusia
* Pengurus Penyelidikan dan Pembangunan
* Pengurus Kawalan Mutu
* Pengurus Pemasaran
* Pengurus Promosi
* Pengurus Projek (Kilang)
* Pegawai Eksekutif Pengeluaran
* Pegawai Seranta
* Perunding
* Pegawai Pemesinan
* Pengurus Operasi Balak
* Pegawai Keselamatan dan Kesihatan
Maklumat lanjut boleh emailkan kepada Ketua, Jabatan Industri Kayu dan Gentian ; Prof. Dr. Jegatheswaran Ratnasingam melalui : jswaran@upm.edu.my
Bacelor Sains Taman dan Rekreasi Dengan Kepujian (BSTRDK)
Objektif program ini ialah bertujuan untuk menghasilkan tenaga terlatih dalam bidang pengurusan taman dan rekreasi dan eko-pelancongan bagi menampung keperluan negara. Pelajar akan didedahkan kepada konsep, teori, dan kaedah berdasarkan maklumat, bahan, dan teknologi terkini dalam bidang sains rekreasi dan ekopelancongan. Program ini menghasilkan graduan yang berkualiti dan berdaya saing, yang mampu untuk bergerak ke hadapan yang menepati keperluan masa kini dan masa hadapan. Ini sejajar dengan trend global, iaitu "sustainable and green tourism" yang memberi fokus kepada rekreasi dan ekopelancongan berimpak rendah dan mampan seperti yang ditekankan di dalam United Nation Sustainable Development Goals. Graduan dibekalkan dengan kemahiran pengurusan yang memanfaatkan sains dan teknologi semasa serta asas penyelidikan, mampu menangani isu yang relevan serta menghasilkan idea dan teknologi baru yang mesra alam. Tempoh pengajian program Bacelor Sains Taman dan Rekreasi Dengan Kepujian ialah empat tahun (8 semester). Secara khusus, program ini akan melahirkan graduan berikut :
a) Menghasilkan ahli profesional yang kompeten dan berkeupayaan merancang, mengurus, melaksana, dan menilai sumber dan aktiviti dalam bidang berkaitan sains taman dan rekreasi,
b) Menghasilkan ahli profesional yang berupaya meningkatkan nilai tambah diri dan daya saing untuk menyumbang kepada penerokaan ilmu di dalam bidang sains taman dan rekreasi,
c) Menghasilkan pengamal yang mampu memimpin pengorganisasian program berkaitan rekreasi dan ekopelancongan secara kreatif dan berkesan.
Peluang Kerjaya
Antara bidang-bidang perkhidmatan yang memerlukan graduan Bacelor Sains Taman dan Rekreasi Dengan Kepujian (BSTRDK) dalam sektor awam dan swasta adalah seperti berikut :
a. Sektor Awam
Di dalam sektor awam terdapat beberapa kementerian dan Jabatan yang dapat menawarkan pekerjaan ialah Kementerian Pelancongan,Seni dan Budaya, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, dan Kementerian Belia dan Sukan. Manakala jabatan dan institusi yang dapat menawarkan pekerjaan kepada graduan BSTR ialah Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM), Jabatan Hutan Sabah, Jabatan Perhutanan Sarawak, Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN), Tourism Malaysia, Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA), Majlis Perbandaran, Universiti dan lain-lain. Antara jawatan yang boleh disandang adalah seperti berikut :
* Pengurus Taman dan Rekreasi
* Pengurus Hutan Lipur
* Pegawai Hidupan Liar
* Pengurus Zoo
* Penguasa Taman Negara/Negeri
* Pegawai Perhutanan
* Pegawai Belia dan Sukan
* Pemelihara Hutan
* Pegawai Penyelidik
* Pegawai Sains
* Pegawai Perhubungan Awam
* Pegawai Tadbir / Pegawai Tadbir dan Diplomatik
* Pegawai Penerangan
* Pengawai Penguatkuasa
* Pengajar Politeknik, INSTITUSI kemahiran dan Kolej Komuniti, Pusat Latihan
* Guru dan Pensyarah Bidang Sains Taman dan Rekreasi
b. Sektor Swasta
Bidang taman dan rekreasi adalah satu bidang kerjaya yang amat penting untuk menyokong kepesatan industri rekreasi dan ekopelancongan di Malaysia. Graduan BSTRDK boleh bekerja dengan syarikat rekreasi dan ekopelancongan seperti perkhidmatan rekreasi dan ekopelancongan, agensi pelancongan dan pengembaraan, penerbangan, perkhidmatan perhotelan dan lain-lain lagi. Di samping itu peluang untuk menceburkan diri sebagai usahawan dalam industri rekreasi dan ekopelancongan oleh graduan BSTRDK adalah luas. Antara jawatan yang sesuai di sektor industri berasaskan sains taman dan rekreasi berkaitan adalah seperti berikut :
* Pengurus Resort
* Jurulatih Rekreasi dan Kepimpinan
* Pengurus Taman Tema
* Pengurus Pelancongan dan Rekreasi
* Usahawan Rekreasi dan Pelancongan
* Pengurus Sumber Manusia
* Pengurus Penyelidikan dan Pembangunan
* Pegawai Pendidikan Alam Sekitar dan Konservasi
* Pemandu Pelancong Alam Semulajadi
* Pemandu Pelancong Bandar
* Perancang Taman dan Rekreasi
* Eksekutif Khidmat Pelancongan
* Pengurus Pemasaran
* Pengurus Projek
* Pegawai Seranta
*Perunding
Maklumat lanjut boleh emailkan kepada Ketua, Jabatan Rekreasi dan Ekopelancongan ; Ts. Dr. Mohd Hafizal Ismail melalui : m_hafizal@upm.edu.my
Bacelor Pengurusan Alam Sekitar Dengan Kepujian (BPASDK)
Program Bacelor Pengurusan Alam Sekitar Dengan Kepujian ini dibentuk dengan matlamat untuk melahirkan graduan yang berpengetahuan luas, berkemahiran dan terlatih dalam bidang pengurusan alam sekitar, berkemampuan mengurus penggunaan teknologi dalam pentadbiran dan pengurusan pembangunan mapan, di samping mempunyai etika, sikap prihatin, proaktif, berketrampilan, berdaya saing dan berbudaya cemerlang. Program ini mengambil masa selama empat tahun (8 semester) termasuk latihan amali selama 6 bulan pada semester akhir pengajian.
Maklumat lanjut boleh emailkan kepada Ketua, Jabatan Alam Sekitar ; Gs. Dr. Zakiah Ponrahono melalui : zakh@upm.edu.my
Bacelor Sains dan Teknologi Alam Sekitar Dengan Kepujian (BSASDK)
Program Bacelor Sains dan Teknologi Alam Sekitar Dengan Kepujian merupakan satu program pelbagai disiplin yang melibatkan komponen sains asas, ekonomi, sains kemasyarakatan, perancangan dan pengurusan, teknologi dan kejuruteraan. Latihan profesional amat dititik beratkan dalam program ini di mana pelajar ditempatkan di pelbagai agensi awam dan swasta bertujuan memberi pendedahan dan pengalaman menyelesaikan masalah secara lebih praktik dalam keadaan sebenar.
Pada awalnya, program ini ditawarkan bagi memenuhi Akta Kualiti Alam Sekeliling (1974) berserta undang-undang kecil berkaitan dimana, graduan program ini kebanyakannya diserapkan sebagai Pegawai Kawalan Alam Sekitar di Jabatan Alam Sekitar, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar. Disamping itu, graduan program ini juga layak dan sesuai untuk menjadi Pegawai Sains Alam Sekitar, Pegawai Penyelidik di jabatan kerajaan, badan berkanun dan swaata seperti MACRES, FRIM, Kerajaan Tempatan, SIRIM, ASMA, ESSO, Petronas, Shell, syarikat bekalan air, pakar runding alam sekitar dan sebagainya. Graduan program ini juga berpeluang untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat Master dan PhD, sama ada di dalam atau luar negara. Selain daripada itu, graduan program ini boleh berkhidmat sebagai guru yang berkelayakan sekiranya mereka mengikuti program latihan perguruan yang diiktiraf (Kursus Perguruan Lepasan Ijazah).
Maklumat lanjut boleh emailkan kepada Ketua, Jabatan Alam Sekitar ; Gs. Dr. Zakiah Ponrahono melalui : zakh@upm.edu.my
Kemaskini:: 13/10/2022 [siti_aisyah]
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Malaysia