‘Project Heroes: Forest Adoption & Tree Planting Program’ | FACULTY OF FORESTRY AND ENVIRONMENT
» SISFEC » ACTIVITY » ‘Project Heroes: Forest Adoption & Tree Planting Program’

‘Project Heroes: Forest Adoption & Tree Planting Program’

 

Pada 6 November 2023, SHELL Business Operation Kuala Lumpur (SBOKL) dengan kerjasama Fakulti Perhutanan dan Alam Sekitar (FHAS), Universiti Putra Malaysia (UPM) telah melaksanakan program penanaman pokok di Hutan Simpan Ayer Hitam (HSAH). 

Program tersebut melibatkan 35 orang peserta yang merupakan kakitangan SBOKL telah menanam 90 pokok yang terdiri daripada pokok kebangsaan iaitu Intsia palembanica (Merbau)serta pokok buah-buahan hutan seperti Baccaurea polyneura (Jentik) Sandoricum beccarianum  (Sentul) Garcinia hombroniana  (Beruas) Durio zibethinus dan (Durian Kampung). Selain itu, pokok-pokok yang mempunyai nilai komersial seperti Shorea macroptera (Meranti melantai) Shorea hypocra (Meranti temak) turut ditanam dalam program tersebut.

Program ini merupakan kesinambungan daripada program penanaman fasa 1 yang telah dilaksanakan pada 12 Mei 2023 dan juga salah satu usaha pihak industri untuk menyumbang kepada carbon offset dan juga pemuliharaan terhadap alam sekitar melalui program yang telah dilaksanakan.

Updated:: 12/12/2023 [kamarulizwan]

MEDIA SHARING

FACULTY OF FORESTRY AND ENVIRONMENT
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+60397697171
+60397693768
SXEcBAt~