Kursus Asas Pengendalian Gergaji Berantai (20-21 Jun 2023) | FACULTY OF FORESTRY AND ENVIRONMENT
» SISFEC » ACTIVITY » Kursus Asas Pengendalian Gergaji Berantai (20-21 Jun 2023)

Kursus Asas Pengendalian Gergaji Berantai (20-21 Jun 2023)

Seksyen Sumber Alam (SSA) melalui kerjasama Pusat Pertanian Putra (PPP) dan Pejabat Pendaftar, UPM telah menganjurkan satu Kursus Asas Pengendalian Gergaji Berantai yang telah dilaksanakan pada 20-21 Jun 2023. Kursus ini dihadiri oleh 40 orang peserta yang terdiri staf pelaksana yang dikhususkan kepada staf daripada Kumpulan Skim G. Objektif utama kursus ini diadakan adalah bertujuan untuk;

  1. Memberikan pengetahuan berkenaan komponen-komponen asas yang terdapat pada gergaji berantai serta asas penjagaan dan penyelenggaraan yang betul.
  2. Mempelajari kaedah pengendalian gergaji berantai dengan cara yang betul bagi mengurangkan risiko kecederaan.
  3. Memberi pendedahan berkenaan Teknik-teknik asas tebangan pokok.

 

Tenaga pengajar yang berpengalaman dalam bidang pengendalian Gergaji Berantai daripada Pusat Latihan Perhutanan Terengganu (PLPT), Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) telah dijemput dalam mengendalikan kursus ini.

Updated:: 13/12/2023 [kamarulizwan]

MEDIA SHARING

FACULTY OF FORESTRY AND ENVIRONMENT
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+60397697171
+60397693768
SXEcCAY~