Kem Perhutanan 2023 (5 - 18 Ogos 2023) | FACULTY OF FORESTRY AND ENVIRONMENT
» SISFEC » ACTIVITY » Kem Perhutanan 2023 (5 - 18 Ogos 2023)

Kem Perhutanan 2023 (5 - 18 Ogos 2023)

Kem Perhutanan merupakan salah satu komponen dalam Latihan Kerja Praktik yang merupakan syarat untuk pelajar Fakulti Perhutanan dan Alam Sekitar (FHAS) bergraduat. Antara objektif kem tersebut ialah untuk menggalakkan interaksi dan memupuk semangat setiakawan, bekerjasama dan toleransi dikalangan pelajar berbilang kaum dan membentuk personaliti yang serba boleh dan sentiasa bersedia untuk menghadapi cabaran profesyen perhutanan. Selain itu, kem ini juga dapat melatih pelajar supaya dapat memahami kepentingan perhutanan dan membentuk sifat kepimpinan dan personaliti unggul dalam menghadapi cabaran professional perhutanan peringkat setempat dan nasional. Kem perhutanan ini dijalankan untuk semua pelajar tahun pertama Bacelor Sains Perhutanan, Bacelor Sains Teknologi Kayu dan Bacelor Sains Taman dan Rekreasi selama dua minggu bermula dari 5 Ogos hingga 18 Ogos 2023. Seramai 116 orang pelajar telah mendaftar untuk program Kem Perhutanan 2023 yang turut disertai oleh enam (6) universiti daripada Indonesia.

 

 

Updated:: 13/12/2023 [kamarulizwan]

MEDIA SHARING

FACULTY OF FORESTRY AND ENVIRONMENT
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+60397697171
+60397693768
SXEcGAF~