SEMINAR KEUSAHAWANAN PERKAYUAN DAN UKIRAN KAYU BUMIPUTERA DALAM ERA PASCA-PANDEMIK 2022 | FAKULTI PERHUTANAN DAN ALAM SEKITAR
» BERITA » SEMINAR KEUSAHAWANAN PERKAYUAN DAN UKIRAN KAYU BUMIPUTERA DALAM ERA PASCA-PANDEMIK 2022

SEMINAR KEUSAHAWANAN PERKAYUAN DAN UKIRAN KAYU BUMIPUTERA DALAM ERA PASCA-PANDEMIK 2022

Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia dengan kerjasama Fakulti Perhutanan dan Alam Sekitar, UPM telah menganjurkan "Seminar Keusahawanan Perkayuan dan Ukiran Kayu Bumiputera dalam Era Pasca-Pandemik 2022" pada 8 Jun 2022 di Auditorium Rashdan Baba, Bangunan Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), UPM.  Seminar ini adalah bertujuan untuk mengupas dan menyebarkan maklumat berkenaan pasaran tempatan untuk produk kayu dan ukiran kepada pengusaha Bumiputera dan juga pelajar-pelajar yang berminat dalam sektor perabot, pembinaan, renovasi/ID dan kraftangan. Jemputan peserta adalah seramai 150 orang.

 

Tarikh Input: 24/06/2022 | Kemaskini: 24/06/2022 | norazian_nga

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI PERHUTANAN DAN ALAM SEKITAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+60397697171
+60397693768
SXFLOAm~