2 Ogos 2017- Program Pendidikan Alam Semulajadi Bersama Murid-murid Pendidikan Khas Integrasi (PPAS – PPKI) Siri Kedua telah diadakan di Hutan Simpan Ayer Hitam Puchong. Program ini adalah anjuran Fakulti Perhutanan, Universiti Putra Malaysia (UPM) dengan kerjasama pejabat Pendidikan Daerah Sepang. Murid-murid yang mengikuti program ini mempunyai pelbagai kategori masalah pembelajaran termasuklah Specific Learning Disorder (Dyslexia), Slow Learner, Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD), Autism dan sebagainya. Program ini disertai 25 murid dan 9 orang guru dari PPKI Sekolah Kebangsaan Taman Putra Perdana.
Selain daripada untuk membangunkan modul pendidikan alam semulajadi untuk murid-murid PPKI. program ini juga bertujuan memberi pendedahan kepada murid-murid kepada persekitaran dan kepelbagaian sumber hutan. Melalui program ini, murid-murid juga dapat memupuk semangat kerjasama, berkomunikasi secara efektif serta membina kayakinan diri.
Modul pendidikan alam semulajadi ini dibahagikan kepada lima (5) stesen yang berupaya merangsang minda peserta dan membina personaliti dalam aktiviti seperti berikut:
Stesen 1: Hutan dan suhu
Stesen 2: Hutan dan air
Stesen 3: Hutan dan hakisan
Stesen 4: Hutan dan muzik
Stesen 5: Hutan dan deria
Penyerahan sijil penghargaan dari Guru Besar kepada pengarah program Dr Norzanalia
Penghargaan
Pihak jawatankuasa ingin mengucapakan terima kasih kepada semua penaja yang telah memberikan sumbangan iaitu MTIB (Malaysian Timber Industry Board), MTC (Malaysia Timber Council), KLSFIA (Kuala Lumpur & Selangor Furniture Industry Association), Datin Rohana Talib, Evergreen Engineering and Resources, Nourbell Sdn Bhd dan Qaira Hijab
Tarikh Input: 12/09/2017 | Kemaskini: 20/09/2017 | faiz_mokhtar
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Malaysia