Pihak fakulti telah menerima kehadiran seorang pelawat mobiliti, Dr. Analyn Codilan dari University of the Philipines Los Banos, Philippines bermula 1 hingga 30 Jun 2022.
Tujuan kedatangan beliau adalah untuk melihat penanda aras pelaksanaan program pengajian prasiswazah di Fakulti selain membincangkan jaringan kerjasama yang boleh diwujudkan antara kedua belah pihak.
Sepanjang beliau berada di fakulti, beberapa aktiviti telah diadakan seperti mengadakan mesyuarat, perbincangan, menyampaikan sisi syarahan, melawat kawasan fakulti dan kawasan hutan simpan Puchong.
Tarikh Input: 26/07/2022 | Kemaskini: 26/07/2022 | wrohani
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Malaysia