1 Feb - Sesi serahan nota serah tugas Dekan telah diadakan sempena pelantikan Dekan baharu Fakulti yang berkuatkuasa pada 1 Februari 2024.
Pihak pengurusan dan seluruh warga Fakulti merakamkan sekalung penghargaan dan terima kasih kepada YBhg. Profesor Dr. Hazandy Abdul Hamid atas segala jasa dan bakti sepanjang berkhidmat sebagai Dekan Fakulti.
Semoga segala sumbangan sepanjang tempoh pelantikan dan kepimpinan sebagai Dekan diberikan ganjaran sebaiknya, serta dikurniakan kesihatan dan kemudahan untuk terus berbakti.
Pihak pengurusan dan seluruh warga Fakulti juga mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada YBhg. Profesor Dr. Azlizam bin Aziz atas pelantikan sebagai Dekan Fakulti Perhutanan dan Alam Sekitar yang baharu.
Semoga dengan pelantikan ini dapat meneruskan kesinambungan sumbangan yang cemerlang dalam merealisasikan visi dan misi Fakulti, demi kemajuan Fakulti dan Universiti Putra Malaysia.
Tarikh Input: 06/02/2024 | Kemaskini: 06/02/2024 | masridien
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Malaysia