Rabu, 3 Ogos 2022, FHAS telah menerima delegasi dari Universitas Nusa Bangsa, Indonesia. Delegasi ini diketuai oleh Dr. Ir. Luluk Setyaningsih, M.Si., IPU, Dekan Fakulti Perhutanan, Universitas Nusa Bangsa, Indonesia.
Perbincangan dua hala ini telah di pengerusikan oleh YBhg. Prof. Dr. Hazandy Abdul Hamid, Dekan Fakulti Perhutanan dan Alam Sekitar, UPM. Turut hadir dalam perbincangan ini ialah Prof. Madya Dr. Kamziah Abd Kudus, Timbalan Dekan (AHEPA) FHAS, Prof. Dr. Latifah Abd Manaf, Timbalan Dekan (SPA) FHAS, Ketua-ketua Jabatan dan wakil pensyarah. Perbincangan ini turut menyaksikan sesi menandatangani Letter of Intent (LoI) yang dimetarai antara UPM dan Universitas Nusa Bangsa.
Selain mengadakan perbincangan, delegasi turut dibawa melawat Hutan Simpan Ayer Hitam (SISFEC). Sesi yang bermanfaat ini telah menjadi permulaan kepada jalinan kerjasama dan membuka potensi dalam kerjasama pada masa hadapan.
Tarikh Input: 08/08/2022 | Kemaskini: 08/08/2022 | wrohani
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Malaysia